BTC USD 48,735.3 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Bazar Ramadan 2021 mungkin akan dibenarkan - Zuraida

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,210
Reaction score
2,785
Points
206
51615627279_ZuraidaKamaruddin.jpg

IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin membayangkan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini mungkin dibenarkan, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih kemas dan efisien.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lama lagi, dengan kementeriannya sekali lagi akan meneliti SOP apabila bermesyuarat dengan MKN.

"Saya lihat tidak ada masalah, sebab pasar dan pasar malam sudah dibuka. Insya-Allah boleh dilaksanakan (bazar Ramadan)," katanya selepas melancarkan Aplikasi Robotik Kecerdasan Buatan bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Pasar Ayam Amanjaya, di sini, hari ini.

Sebelum ini Wilayah Persekutuan dan kerajaan Negeri Sembilan, yang merupakan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), pada dasarnya bersetuju membenarkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini, namun masih menunggu keputusan muktamad daripada MKN.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula dilaporkan telah telah menerima 1,600 permohonan berniaga untuk bazar Ramadan dan hanya menunggu kebenaran daripada kerajaan negeri yang juga mendapat nasihat daripada MKN.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,220
Reaction score
1,699
Points
201
Aku rasa lokasi kene perbanyakkan dan berpecah3.. contoh klu sebelum ni 1kwsan tu cuma 1 bazar.. kene pecahkan jadi 2 atau 3.. so org tak la crowded n Ada choice
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,210
Reaction score
2,785
Points
206
Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat tarawih dibenarkan - Ismail Sabri

81592824064_pasarmalam.jpg

KUALA LUMPUR: Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, paling penting prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan akan ditentukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing.

Selain itu jelasnya, kerajaan turut membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri.

"Apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala, pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung.

"Selain itu waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang sehingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam," katanya semasa sidang media pada Selasa.

Dalam pada itu kata Ismail, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merekodkan seramai 5.633 juta orang sudah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Isnin.

Katanya, bagi mudahkan cara, JKJAV telah memperkenalkan lima kaedah pendaftaran iaitu aplikasi MySejahtera, talian Hotline 1800-888-828, laman sesawang vaksincovid.gov.my; atau hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.

Selain itu, aplikasi juga boleh dibuat melalui program bantuan bagi penduduk luar bandar dan pedalaman oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,210
Reaction score
2,785
Points
206
Bersyukur bazar Ramadan, Aidilfitri dibenarkan beroperasi

kmpngbazar1_1615962855.jpg

Kuala Lumpur: Pengumuman kerajaan meluluskan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini nyata memberi kelegaan kepada ribuan peniaga di negara ini.

Selepas setahun tertangguh akibat pandemik Covid-19, pembukaan semula bazar Ramadan dilihat sebagai langkah pertama untuk keadaan kembali normal sebaik penurunan kes baharu Covid-19.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Mohamed Zamri Mohammed berkata, pengumuman itu memberi kelegaan kepada peniaga apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi lampu hijau selepas permintaan mereka tertangguh tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini.

"Kami sudah bersedia mengikuti prosedur operasi standard (SOP) digariskan MKN dan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas pengumuman paling ditunggu-tunggu untuk kebenaran kami beroperasi.

"Seramai 2,233 peniaga makanan akan dibenarkan berniaga di 47 lokasi di ibu kota termasuk persatuan saya membabitkan 906 peniaga sudah berdaftar," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, kebanyakan peniaga terdiri daripada mereka yang sudah mendaftar melalui sistem e-bazar tahun lalu dan meneruskan pembayaran mereka hingga tahun ini.

Menurutnya, mereka akan memastikan SOP ketat dan pada masa sama, berharap supaya pengunjung bazar Ramadan turut mematuhi SOP ditetapkan.

"Malah, kami akan membuat pengukuran semula tapak sedia ada dengan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter antara tapak penjaja.

"Sekiranya tapak bazar tidak mencukupi dengan baki peniaga yang ada, kami diminta untuk mengenal pasti tapak baru berdekatan supaya semua dapat berniaga tahun ini," katanya.

Mohamed Zamri berkata, pihaknya lega sebaik kerajaan memberikan lampu hijau kepada peniaga bukan makanan yang menjual persiapan Aidilfitri seperti pakaian, biskut dan hiasan.

Peniaga bazar Ramadan di Jalan Telawi, Bangsar di sini, Kamarul Zaman Nawi, 60, turut bersyukur sebaik pengumuman kerajaan membenarkan mereka berniaga tahun ini.

"Saya berniaga di bazar Ramadan Jalan Telawi sejak 2000 dan pastinya memberi kelegaan buat kami untuk menambah pendapatan selepas tahun lalu kami tidak dibenarkan berniaga.

"Kami difahamkan, tahun ini hanya 50 daripada 100 tapak sebelum ini dibenarkan berniaga berikutan perlu penjarakan fizikal.

"Jika dilihat sudut positif, pastinya akan memberi penambahan pendapatan kepada peniaga berikutan kurang persaingan," katanya.

Menurutnya, dia mengharapkan orang ramai boleh mengamalkan kawalan kendiri ketika mengunjungi bazar Ramadan tahun ini bagi mengelak terjadi sebarang kluster.

Umat Islam dijangka akan menjalani ibadah puasa bermula 13 April depan.

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,940
Reaction score
2,793

adoi...balik kerja petang petang jammed lah mcm ni....dah best takde jam....hahahaha.....aku tahun ni tetap tak akan pergi bazar RAmadhan.....tahun lepas ok je puasa tanpa bazar...
 
ilhamjabil

Super Active Member
Joined
Jul 27, 2008
Messages
6,883
Reaction score
1,531
Points
141
Semoga berfaedah untuk org berpuasa dan berniaga
 
pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,074
Reaction score
644
Points
121
Dah boleh start kira untung hasil jual tapak ni.
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,470
Reaction score
2,357
Points
201
Harga jual naik ke?
 
CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,619
Reaction score
501
Points
161
apa yang heran bazar ramadhan ni?

gerai tepi jalan pun dah macam pasar malam dah...walaupun bukan pasar malam

takde kluster pun...
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,279
Reaction score
12,603
Points
2,376
SOP COVID-19 | Kompaun Tinggi Dikhuatiri Jejas Kehadiran

Kompaun tinggi terhadap individu dan syarikat yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikhuatiri akan mengakibatkan perniagaan bazar ramadan terjejas.

#BuletinTV3

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register