BTC USD 52,486.7 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bayi siapakah ini?

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,087
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,087
Reaction score
435
Points
91
Bayi siapakah ini?
FB_IMG_1634653201301.jpg

SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan yang dijumpai oleh orang awam berhampiran rumah kongsi perumahan Taman Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan, di sini, 7 September lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban , Mustafal Bakri Mohammad Yusof berkata, bayi berusia 36 hari itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001.

"JKM juga menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 untuk melakukan siaran atau hebahan di akhbar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, JKM ingin mengesan waris kepada bayi berkenaan bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.

"Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung kepada bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Emelia Kamarulzaman 06-6015798," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas rumput berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan, 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dalam kenyataannya berkata, polis menerima maklumat berkenaan penemuan bayi terbabit pada jam 11.52 pagi daripada seorang lelaki.

@bh.com.my

#BeritaHarian
 
Sponsored Post

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
657
Points
81
Ni tertinggal ke saje tinggal ni? Xkn la xpanik kalau ank tertinggal
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Dah tinggal mmg xnak la tu.

Ramai berebut nak bela ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register