BTC USD 59,949.1 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi perempuan sehari ditemui di tepi kedai keropok

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN - Seorang bayi perempuan yang sihat dipercayai berusia sehari ditemui di tepi sebuah kedai menjual keropok di Chendor, Cherating, dekat sini pagi ini.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu ditemui orang awam pada 7.30 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff.

"Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan sihat dan dipercayai baharu sehari dilahirkan berdasarkan terdapat kesan darah pada tali pusatnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kemaman, Terengganu dan pihak hospital memaklumkan tidak terdapat sebarang tanda lebam atau cedera pada bayi itu.

"Pihak polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab, bayi itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kuantan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
 
Sponsored Post

fazu

Active Member
Joined
Jan 26, 2012
Messages
2,107
Reaction score
15
Points
25
budak2 skrg dah berzina,mengandung pstu buang anak merata mcm berak je..
 

jaih

Legendary Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,060
Reaction score
490
Points
141
september.....
ni mesti tahun baru punya projek nih
 

karchis

Active Member
Joined
Oct 26, 2010
Messages
2,386
Reaction score
19
Points
25
huh..ni da msuk news yg ke3 dlm bln 9 ni..
apa nak jadi la...hasil dr tahun baru lagi..
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
september.....
ni mesti tahun baru punya projek nih
betul dah tu. baby thn baru...

dah 2-3 kes bulan september ni.
celebrate mlm thn baru 1 januari... anak lahir bulan september, memang tak boleh nak sangsi lagi...
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
539
Points
161
Kenapa Kuantan pesat
dengan gejala
keruntuhan moral
dan akhlak?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register