BTC USD 86,430.1 Gold USD 3,040.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi Meninggal Dunia Lepas Lima Hari Di Hantar Ke Taska

Bahana kalau dua2 bekerja. anak tak terpeduli... sebab tu Islam suruh lelaki ja keluar bekerja
tu la tu...mak dia sblum nak lahirkan anak ni dia amik cuti setahun sebelum lahir,patutnye boleh dah kot mak dia benti keje utk jaga anak sebab nak dpt anak susah kene tgu 13y baru dpt.laki dia pun pangkat besar jgk kot kalu faktor kewangan nk kene kje 2 org rsenye xde isu itu,atau munkin dh syg nk benti keje sebab mmg minat bekerja..dah jd mcm ni mmg ralat sgt sebab asbab kematian dia kt pengasuh yg x reti jaga anak bukan sebab kematian semulajadi.
 
Last edited:
Sponsored Post

Penantian Zuriat Selama 14 Tahun Berkecai, Bapa Tuntut Bela Kematian Al Fateh Disyaki Maut Di Tangan Pengasuh Taska

11.09.2024 - Penantian zuriat selepas 14 tahun perkahwinan pasangan suami isteri musnah apabila anak lelakinya yang baru berusia lapan bulan maut disyaki dibunuh oleh pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu. Tidak mahu melihat kejadian sama berlaku pada keluarga lain, bapa bayi bernama Muhammad Al Fateh Amri itu menuntut pembelaan di atas kematian anak syurganya. Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata, pengasuh dan pengusaha Taska perlu bertanggungjawab dan tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang. Mohd Fikry turut memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong serta menggesa beberapa agensi kerajaan untuk memandang serius terhadap kes tersebut.

"Saya dan isteri akan menuntut bela di atas kematian anak syurga kami dan akan ambil tindakan undang-undang semaksimumnya supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka yang lain agar tiada lagi anak-anak Taska lain menjadi mangsa korban seterusnya. Mohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius perkara ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong dan prihatin dan mohon doakan saya dan isteri terus kuat bagi meneruskan kehidupan dan perjuangan menuntut bela ini serta bersama-sama membantu sesama kita," tulisnya dalam satu hantaran Facebook pada Selasa.

Terdahulu, seorang pengasuh disyaki membunuh seorang bayi lelaki di sebuah Taska di Taman Kelemak Jaya Utama dekat Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu. Menerusi kamera litar tertutup (CCTV), pengasuh berkenaan dilihat membedung, menyumbat botol susu menutup dengan kain dan menekup muka anaknya dengan bantal dalam kejadian tersebut. Menurut bapa mangsa, anaknya yang baru dihantar ke taska berkenaan sejak lima hari sebelum kejadian ditemui dalam keadaan terkulai, mulut berdarah dan muka kebiru-biruan oleh isterinya ketika mengambil anak mereka. Susulan itu, suspek berusia 34 tahun itu ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh sehingga 13 September nanti.
1726027744747.png
 
Pengasuh Al Fateh Akan Di Tuduh Kerana Membunuh Esok

12.09.2024 - Pengasuh wanita yang ditahan berhubung kes kematian Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri, 8 bulan, di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membunuh esok. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Arahan untuk pendakwaan telah dikeluarkan dan suspek yang berusia 34 tahun itu akan dituduh pada pukul 9 pagi esok di Mahkamah Alor Gajah. Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kosmo! pada 7 September lalu melaporkan suspek direman selama tujuh hari sehingga esok berhubung kes kematian Muhammad Al Fateh di sebuah taska di Taman Kelemak Utama minggu lalu. Suspek yang juga ibu tiga anak itu ditahan sepasukan anggota D11 kira-kira pukul 3.30 petang hari sama kejadian di taska berkenaan. Wanita itu dipercayai membedung, menyumbat botol susu dan menekup mangsa dengan menggunakan bantal sehingga menyebabkan Muhammad Al Fateh meninggal dunia akibat lemas.
1726138968933.png
 
Pengasuh Di Tuduh Bunuh Bayi 8 Bulan

13.09.2024 - Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, minggu lalu. Tertuduh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Teoh Shu Yee, menurut Harian Metro. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu kepada tiga anak itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri berusia lapan bulan semasa berada di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Jalan Kelemak Utama 3, Taman Kelemak Utama, di sini, 6 September lalu, antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali. Pengarah Pendakwaan Negeri Ahmad Sazali Omar mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin dan Sharina Farhana Nor Sa’ari. Tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.

Sazali sebelum itu memohon tarikh sebutan baharu untuk mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum kes boleh dipindahkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Beliau juga tidak menawarkan jaminan kerana kes bunuh tidak boleh dijamin. Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 13 November depan untuk pengurusan kes.​

1726204230038.png
 
Hadoiii dunia da terbalik

majistret kaper
Peguambela plak muselam assamjawa 😅
"Pengarah Pendakwaan Negeri Ahmad Sazali Omar mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin dan Sharina Farhana Nor Sa’ari. Tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim."

apa ko merepek ni ..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register