BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi Meninggal Dunia Lepas Lima Hari Di Hantar Ke Taska

Sponsored Post

boleh aje bedung sambil minum susu.. tp ada kedudukan dia..
Ok....teruskan praktis macam tu....

Saya, anak-anak dah takde yang bayi.....memang saya buat eksperimen sendiri jaga bayi ni.....cuma tak rekod dalam buku je.....

Bedung tangan sambil suap botol memang bahaya....

Kecuali bagi susu dulu, dan tidurkan dia, baru betul.
 


Bayi maut di TASKA: 'Pengasuh bedung anak, sumbat botol susu, tekup dengan bantal' - Bapa​

Amir Mamat
[email protected]


ALOR GAJAH: "Pengasuh bedung anak saya, dia sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup muka dengan bantal.

Demikian dakwa Mohd Fikry Amri Abd Halim, bapa kepada bayi lelaki berusia lapan bulan yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Kelemak, di sini, hari ini.

Apa yang dilakukan pengasuh itu terhadap anak tunggalnya itu, katanya memang tidak boleh diterimanya sebagai seorang bapa.

Mengulas lanjut, dia mengakui boleh menerima sekiranya kematian anaknya disebabkan tersedak susu kerana kejadian seperti itu berlaku di luar jangkaan.

"Memang saya terkejut (apabila diberitahu)... namun, apabila melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) saya memang tidak percaya.

"Saya sendiri tengok dengan polis. Berdasarkan rakaman kejadian berlaku dalam sekitar jam 8 pagi," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sini malam ini.

Tambahnya lagi, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya jam 9 pagi sebaik menerima panggilan telefon yang memaklumkan keadaan bayinya sudah biru, selain mulut turut keluar darah.

"Sebaik tiba di TASKA, isteri mendapati anak kami sudah tidak sedarkan diri dan muka sudah bertukar biru selain mulutnya juga berdarah.

"Isteri kemudian terus bergegas membawa anak ke Hospital Alor Gajah meskipun pihak TASKA meminta dibawa ke klinik kesihatan. Bagaimanapun sebaik tiba di hospital bayi kami disahkan sudah tiada," katanya.

Mohd Fikry Amri yang bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi memaklumkan, anaknya itu baru lima hari dihantar ke TASKA berkenaan memandangkan isterinya akan mula bekerja tidak lama lagi selepas kira-kira setahun cuti tanpa gaji.

"Kami menanti 13 tahun untuk dikurniakan anak dan selepas lima hari dihantar ke TASKA, tidak sangka pula hal ini berlaku.

"Saya harap benda ini dapat diambil tindakan supaya tidak berlaku pada anak-anak lain," katanya.

 
Ok....teruskan praktis macam tu....

Saya, anak-anak dah takde yang bayi.....memang saya buat eksperimen sendiri jaga bayi ni.....cuma tak rekod dalam buku je.....

Bedung tangan sambil suap botol memang bahaya....

Kecuali bagi susu dulu, dan tidurkan dia, baru betul.
nak bedung bagi susu pastikan ada org monitor..kalau tinggal risiko besar..
 
Kematian Di Sahkan Akibat Lemas

07.09.2024 - Polis mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam akibat lemas. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan bedah siasat terhadap Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah semalam.

Ketua-Polis-Daerah-Alor-Gajah-Superintendan-Ashari-Abu-Samah.jpg


“Proses bedah siasat bermula pada 7.30 malam hingga 10.45 malam dan mendapati punca kematiannya disebabkan lemas. Pemeriksaan juga mendapati tiada kesan kecederaan lain di tubuh bayi lelaki berusia lapan bulan itu,” katanya ketika dihubungi media di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bapa mangsa, Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, mendakwa bayinya disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh TASKA terbabit. Tindakan pengasuh tersebut dilihat bapa mangsa menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.

wv4twyoc-BULETIN-TV3-A-52.jpg


Lebih menyedihkan apabila Mohd Fikry Amri memaklumkan isterinya terpaksa membawa sendiri bayi itu ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah serta muka biru selepas dimaklumkan pihak TASKA. Susulan insiden itu, seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita asal https://www.buletintv3.my/jenayah/bayi-8-bulan-maut-kematian-disahkan-akibat-lemas/
 
Saya dan isteri tunggu Al Fateh 13 tahun’


SABRINA (tengah) ditenangkan oleh ahli keluarga yang hadir di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, Melaka, sebentar tadi.
ALOR GAJAH – Pasangan suami isteri tidak menyangka cahaya mata yang dinantikan mereka selama 13 tahun, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri, 8 bulan, maut selepas dihantar ke sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, dekat sini.

Menurut Mohd. Fikry Abdul Halim, 39, dia dan isteri Sabrina Hakiem Zaini, 39, masih terkejut dengan kejadian yang menimpa Al Fateh kerana pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan anaknya dapat membesar dalam keadaan selamat.

“Saya dan isteri tinggal berjauhan kerana saya bekerja di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur manakala Sabrina seorang guru di Melaka, jadi kami hanya berjumpa pada hujung minggu sahaja.

“Kami telah berkahwin selama 14 tahun dan Al Fateh ini adalah cahaya mata pertama kami selepas penantian selama 13 tahun.

“Memang tidak sangka perkara ini terjadi kerana isteri sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun bagi menjaga Al Fateh sehingga usianya sesuai dihantar kepada pengasuh,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, tadi.

Ujarnya, dia juga telah menyelidik beberapa buah taska berhampiran kediamannya sebelum menghantar Al Fateh dan dimaklumkan taska terlibat merupakan salah satu yang menyediakan perkhidmatan terbaik.

“Saya tidak percaya pengasuh taska itu sendiri telah bedung Al Fateh, sumbat botol susu, tutup dia dengan kain dan tekup menggunakan bantal.

“Saya harap benda ini diambil tindakan supaya tak jadi pada orang lain, benda ini tidak sepatutnya berlaku kerana saya ingat selama ini taska tersebut ada lesen sebab sudah beroperasi selama empat tahun. Selepas disiasat polis rupanya lesen pun tidak ada, itu yang saya terkilan,” ujarnya.

Tambahnya, meskipun keadaan luaran isterinya kelihatan stabil, namun dia bimbang dengan tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh pasangannya itu. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register