BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi Meninggal Dunia Lepas Lima Hari Di Hantar Ke Taska

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,411
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,411
Reaction score
7,309
Points
916
Awards
1
07.09.2024 - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, di Alor Gajah pagi semalam. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata susulan itu, seorang wanita berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, ditahan di taska tersebut pada 3.30 petang tadi bagi membantu siasatan. Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada seorang wanita di wad kecemasan Hospital Alor Gajah di sini, yang memaklumkan telah menerima seorang pesakit bayi lelaki berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Menurut siasatan awal bayi tersebut dihantar oleh ibu dan datuknya sekitar 7.05 pagi, sebelum ibu mangsa mendapat panggilan daripada taska memberitahu tubuh badan mangsa berkeadaan biru dan hidungnya berdarah serta mangsa dalam keadaan terkulai. Mangsa terus dibawa ke Hospital Alor Gajah dan doktor mengesahkan kematiannya sebelum bedah siasat dilakukan sekitar 6 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, bapa bayi itu Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata anaknya Muhammad Al Fateh Amri baru lima hari dihantar ke taska itu. Beliau berkata sewaktu isterinya Sabrina Hakiem Zaini, 39, tiba di pusat asuhan tersebut selepas dihubungi pihak taska, isterinya mendapati anaknya itu sudah terkulai dalam keadaan mulut berdarah dan muka kebiru-biruan. Lebih menyayat hati pasangan tersebut sudah menunggu 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata dan tidak sangka ia berlaku selepas isterinya mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak.

“Baru lima hari hantar dan ini yang terjadi. Memang terkejut kerana selama ini saya ingat pusat asuhan itu ada lesen tapi apabila disoal siasat polis, rupanya tak ada dan itu yang amat saya terkilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Alor Gajah malam tadi.

Beliau yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur berkata apa yang lebih mengejutkannya, apabila mengetahui pusat asuhan tersebut tidak mempunyai lesen meskipun sudah empat tahun beroperasi.
1725673854652.png
 
Sponsored Post

Bapa Dakwa Anaknya Di Tekup Dengan Bantal

07.09.2024 - Seorang bapa mendakwa anaknya ditekup dengan bantal sehingga membawa kepada kematian bayi itu di sebuah TASKA di Kelemak, di sini, hari ini. Mohd Fikry Amri berkata, pada awalnya dia boleh terima sekiranya anak tunggalnya itu tersedak susu kerana kejadian seperti itu berlaku di luar jangkaan.

“Pengasuh bedung anak saya, dia sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup muka dengan bantal. Itu memang saya tidak boleh terima,” itu dikongsi Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, bapa kepada bayi lelaki lapan bulan yang mulanya ditemui tidak sedarkan diri di sebuah TASKA.

“Memang saya terkejut (apabila diberitahu), saya mula-mula boleh terima kalau meninggal sebab tersedak susu kerana itu di luar kawalan dan kita tidak tahu tetapi apabila melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), saya memang tidak percaya. Saya sendiri tengok dengan polis. Berdasarkan rakaman kejadian berlaku dalam sekitar jam 8 pagi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sini malam ini.

Beliau berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya pada jam 9 pagi tadi sebaik menerima panggilan telefon mengenai keadaan bayinya sudah biru selain mulut turut keluar darah.

“Setibanya di TASKA, isteri mendapati anak kami sudah tidak sedarkan diri dan muka sudah bertukar biru selain mulutnya juga berdarah. Isteri kemudian terus bergegas membawa anak ke Hospital Alor Gajah meskipun pihak TASKA meminta dibawa ke klinik kesihatan. Bagaimanapun sebaik tiba di hospital bayi kami disahkan sudah tiada,” katanya.

Mohd Fikry Amri yang bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi, memaklumkan, anaknya itu baru lima hari dihantar ke TASKA berkenaan memandangkan isterinya akan mula berkerja tidak lama lagi selepas kira-kira setahun cuti tanpa gaji.

“Kami menanti 13 tahun untuk dikurniakan anak dan selepas lima hari dihantar ke TASKA, tidak sangka pula hal ini berlaku. Saya harap benda ini dapat diambil tindakan supaya tidak berlaku pada anak-anak yang lain,” katanya.
1725675559210.png
 
Tekup Bayi Dengan Bantal Hingga Maut, Pengasuh TASKA Di Reman 7 Hari

07.09.2024 - Pengasuh sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak TASKA di Kelemak di sini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal di dunia premis berkenaan, pagi semalam. Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri mengeluarkan perintah reman ke atas wanita berusia 34 tahun itu selepas dipohon pegawai penyiasat polis bagi mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Beliau menetapkan tempoh reman bermula hari ini hingga Jumaat ini. Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh,jam 9.30 pagi dengan diiringi anggota polis.

Ketua Polis Daerah Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, permohonan reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Katanya, suspek yang juga ibu tiga anak berusia dua, enam dan lapan tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) kira-kira 3.30 petang semalam di TASKA terbabit. Menurutnya, tangkapan dibuat selepas menerima satu laporan daripada pihak Hospital Alor Gajah memaklumkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mengikut laporan, mangsa dihantar ke TASKA oleh datuk dan ibunya pada jam 7.05 pagi, namun pada 9.05 pagi, pihak TASKA menelefon si ibu memberitahu bahawa tubuh bayi berkenaan dalam keadaan biru. Datuk dan ibu mangsa terus ke TASKA dan mendapati muka bayi berkenaan sudah menjadi biru dan hidungnya berdarah serta mangsa dalam keadaan terkulai,” katanya kepada pemberita.

Media semalam melaporkan bapa kepada kanak-kanak itu, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim,39, terkilan dan sedih kerana mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh suspek. Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi mendakwa perbuatan pengasuh di TASKA itu terhadap bayinya, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
1725686021972.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register