BTC USD 60,168.2 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi Masih Bertali Pusat, Uri Ditemukan Dalam Tong Sampah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,207
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,207
Reaction score
36,350
Points
2,836
Awards
2

Bayi masih bertali pusat, uri ditemukan dalam tong sampah​

25 Ogos 2023 09:59pm

2321385.jpg

Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas. - Gambar hiasan


MELAKA - Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, bayi masih bertali pusat dan uri itu dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira jam10.30 malam.

Beliau berkata, sebelum itu, anak remaja lelaki pesara itu yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.

"Pesara lelaki berusia 50 tahun itu kemudian pergi ke tong sampah tersebut dan menemukan satu beg plastik putih serta mendengar suara mencurigakan disyaki suara bayi baharu dilahirkan.

"Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Christopher berkata, pihak Hospital Melaka tiba ke balai berkenaan kira-kira jam 11.10 malam bagi membuat pemeriksaan kesihatan bayi tersebut dan memotong tali pusat serta urinya.

Beliau berkata, tiada kecederaan ditemukan pada badan bayi itu dan bayi terbabit kini ditempatkan di Wad Nurseri Penjagaan Rapi Hospital Melaka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran. - Bernama


 

JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang​


04 SEP 2023

2331792.jpg

JKM mencari waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang, bulan lalu.


MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang di sini, pada bulan lalu.

JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan, bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan masih bertali pusat itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Bayi itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001 dan menjalani pemeriksaan serta rawatan di Hospital Melaka.

“Sekiranya tidak ada waris, JKM akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan bayi itu di institut JKM atau diserahkan kepada orang yang layak dan sesuai,” katanya pada Isnin.

Sehubungan itu waris diminta tampil atau menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Siti Aishah Mohd Noor di talian 06-3333333.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi yang masih bertali pusat dan uri dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira jam10.30 malam pada 20 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dipetik berkata, sebelum itu, anak lelaki pesara terbabit yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.

“Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam,” katanya.



Sponsored Post

Bayi masih bertali pusat, uri ditemukan dalam tong sampah​

25 Ogos 2023 09:59pm

2321385.jpg

Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas. - Gambar hiasan


MELAKA - Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, bayi masih bertali pusat dan uri itu dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira jam10.30 malam.

Beliau berkata, sebelum itu, anak remaja lelaki pesara itu yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.



"Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Christopher berkata, pihak Hospital Melaka tiba ke balai berkenaan kira-kira jam 11.10 malam bagi membuat pemeriksaan kesihatan bayi tersebut dan memotong tali pusat serta urinya.

Beliau berkata, tiada kecederaan ditemukan pada badan bayi itu dan bayi terbabit kini ditempatkan di Wad Nurseri Penjagaan Rapi Hospital Melaka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran. - Bernama


Sedih dengar berita macam ni....... 😓😓😓
 

JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang​


04 SEP 2023

2331792.jpg

JKM mencari waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang, bulan lalu.


MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang di sini, pada bulan lalu.

JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan, bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan masih bertali pusat itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Bayi itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001 dan menjalani pemeriksaan serta rawatan di Hospital Melaka.

“Sekiranya tidak ada waris, JKM akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan bayi itu di institut JKM atau diserahkan kepada orang yang layak dan sesuai,” katanya pada Isnin.

Sehubungan itu waris diminta tampil atau menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Siti Aishah Mohd Noor di talian 06-3333333.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi yang masih bertali pusat dan uri dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira jam10.30 malam pada 20 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dipetik berkata, sebelum itu, anak lelaki pesara terbabit yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.

“Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam,” katanya.


 

JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang​


04 SEP 2023

2331792.jpg

JKM mencari waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang, bulan lalu.


MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang di sini, pada bulan lalu.

JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan, bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan masih bertali pusat itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Bayi itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001 dan menjalani pemeriksaan serta rawatan di Hospital Melaka.

“Sekiranya tidak ada waris, JKM akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan bayi itu di institut JKM atau diserahkan kepada orang yang layak dan sesuai,” katanya pada Isnin.

Sehubungan itu waris diminta tampil atau menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Siti Aishah Mohd Noor di talian 06-3333333.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi yang masih bertali pusat dan uri dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira jam10.30 malam pada 20 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dipetik berkata, sebelum itu, anak lelaki pesara terbabit yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.

“Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam,” katanya.


Sedih dengar berita2 macam ni.....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register