akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 55,615
Top Poster #5
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 55,615
- Reaction score
- 6,549
- Points
- 881
- Awards
- 1
Bayi lelaki masih hidup dibuang dalam parit
SEORANG bayi lelaki yang diletakkan dalam sebuah beg ditemukan di sebuah parit dekat Pantai Paka, Dungun, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
DUNGUN: Seorang pemandu lori terkejut apabila menemukan seorang bayi lelaki yang masih hidup dibuang individu tidak bertanggungjawab di sebuah parit yang kering, berhampiran Pantai Paka, dekat sini, kira-kira pukul 2 petang tadi.
Mohd. Zoo Abd. Rahman, 44, berkata, bayi yang sudah dipotong tali pusat itu ditemukan dalam keadaan kesejukan dan tidak berpakaian serta hanya dialas dengan sehelai kain lusuh di dalam sebuah beg kain bewarna jingga.
Menurutnya, ketika kejadian dia yang baru selesai mengambil kayu palet di sebuah kilang, berhenti di tepi pantai itu untuk berehat.
“Pada awalnya saya melihat dua ekor anak anjing sedang berkeliaran, namun tiba-tiba saya terdengar bunyi tangisan bayi sebelum ternampak sebuah beg berhampiran anjing tersebut.
“Bayi itu hanya menangis sekejap sahaja, namun tangisannya agak jelas. Saya bergegas memanggil beberapa orang pengunjung di pantai itu untuk memeriksa beg tersebut sebelum melihat bayi itu sedang meringkuk kesejukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, petang ini.
Mohd. Zoo yang berasal dari Kampung Undang, Marang berkata, dia kemudiannya bertindak menghubungi talian kecemasan sebelum pasukan polis dan kesihatan tiba di lokasi kejadian untuk menyelamatkan bayi itu.
“Saya agak sedih melihat bayi itu. Tergamak betul orang yang buang bayi tidak bersalah dan tidak berdosa. Kalau tak mahu anak, serahlah pada pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), janganlah buang di kawasan semak begitu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan itu.
“Bayi itu telah dibawa ke dibawa Hospital Kemaman untuk dirawat dan kita akan mengesan individu yang tidak bertanggungjawab membuang bayi tersebut.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya.

“Bayi itu telah dibawa ke dibawa Hospital Kemaman untuk menerima rawatan dan kita akan mengesan individu yang tidak bertanggungjawab membuang bayi tersebut.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya. – UTUSAN

www.utusan.com.my