Bayi lelaki dijangkiti virus polio, kes pertama selepas 27 tahun

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,068
Reaction score
11,486
Points
2,376



Pada pagi tadi Kempen Imunisasi Polio Negeri Sabah (KIPS) 2019/2020 Pulau Gaya telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Datuk Frankie Phoon Ming Fung, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. Turut hadir sama ialah YBhg Datuk Janet Chee Ken Liam, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah, Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

KIPS 2019/2020 ini telah dilancarkan pada 27 Disember 2019 yang lalu hasil kerjasama JKN Sabah dengan Kerajaan Negeri Sabah. Kempen ini menyasarkan semua kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun di semua daerah negeri Sabah diberi imunisasi polio dan memastikan tiada penularan kes baru polio di Sabah. KIPS 2019/2020 Pulau Gaya, Kota Kinabalu merupakan kempen imunisasi Polio secara besar-besaran yang ketiga JKN Sabah selepas Daerah Tuaran dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu.

Sekalung penghargaan buat semua anggota JKN Sabah khususnya anggota Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan KIPS 2019/2020.

Terima kasih juga kepada semua sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sudi membantu KKM untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun datang mendapatkan imunisasi polio melalui KIPS ini. Setinggi-tinggi penghargaan jua buat penduduk Pulau Gaya, khususnya para ibubapa yang membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan imunisasi pada hari ini di 2 pos imunisasi Polio iaitu di Kampung Kesuapan dan Kampung Lok Urai.

Saya juga berharap apabila kempen ini diadakan di daerah-daerah lain lebih ramai pihak dan agensi dapat menghantar sukarelawan untuk membantu terutamanya agensi keagamaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, JAKIM atau persatuan agama Kristian dan lain-lain agama. Ini kerana dalam memberi liputan imunisasi 100% kepada anak-anak di negeri Sabah, JKN Sabah berhadapan dengan kumpulan anti vaksin yang menentang pemberian vaksin kepada anak-anak di bawah umur 5 tahun dan mereka tidak mahu anak mereka diberi imunisasi. Di samping itu, pihak terlibat akan dapat memberi penjelasan tentang keharusan memberi imunisasi mengikut pandangan agama masing-masing.

Hanya dengan imunisasi sahaja akan dapat melindungi anak-anak dari dijangkiti virus polio dan mencegah mereka dari kelumpuhan kekal. Penyakit berjangkit seperti polio tidak mengenali sempadan atau kewarganegaraan. Langkah pencegahan polio ini juga penting bagi Malaysia mendapatkan semula pengiktirafan ‘negara yang bebas polio’ daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

POLIO TIADA UBAT, TETAPI BOLEH DICEGAH DENGAN IMUNISASI. JOM LENGKAPKAN IMUNISASI ANAK ANDA.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,068
Reaction score
11,486
Points
2,376


Dr Noor Hisham pada Kempen Imunisasi Polio Sabah di Pulau Gaya, di Kota Kinabalu, hari ini

7,000 kanak-kanak diberi vaksin


KOTA KINABALU: Migran dipercayai menjadi pembawa virus polio ke negara ini susulan dua kes terbaru dikesan membabitkan kanak-kanak bukan warganegara dari Sandakan dan Kinabatangan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi mengawal penyakit itu merebak, strategi utama adalah memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun untuk meningkatkan daya imunisasi mereka.

Beliau berkata, untuk bukan warganegara, vaksin diperoleh daripada Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kita juga bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kerajaan Filipina untuk mendapatkan vaksin lebih murah,” katanya pada Kempen Imunisasi Polio Sabah di Pulau Gaya, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Bulan lalu, 5,000 kanak-kanak di Tuaran dan Telipok diberi suntikan vaksin polio selepas kes membabitkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan dijangkiti virus itu di Tuaran.

Dr Noor Hisham berkata, untuk program hari ini, pihaknya menganggarkan kira-kira 2,000 kanak-kanak menerima vaksin, menjadikan keseluruhan 7,000 kanak-kanak sudah divaksinkan.

“Kakitangan kita juga secara aktif berusaha mengesan kes mempunyai simptom penyakit ini.

“Kita juga mempunyai rancangan memberi imunisasi kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke atas pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kementerian masih menyiasat kes seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Tadika Chung Hwa Likas yang didakwa meninggal dunia akibat influenza A (H1N1).

“H1N1 adalah jangkitan bermusim, selepas itu terdapat komplikasi sama ada jangkitan ke paru-paru dan sebagainya. Kami masih menyiasat sama ada ia disebabkan jangkitan atau ada komplikasi lain,” katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,068
Reaction score
11,486
Points
2,376

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung (tengah) dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi (dua dari kanan) bersama kanak-kanak yang menerima vaksin pada Kempen Imunisasi Polio Peringkat Sandakan di Kampung Bahagia, Batu Sapi, di Sandakan

Sabah perlu lebih 100,000 vaksin polio


SANDAKAN: Sabah memerlukan lebih 100,000 vaksin polio dalam usaha menghentikan penularan virus itu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung menjelaskan sekurang-kurangnya 10,000 vaksin sudah diberikan kepada kanak-kanak di negeri ini meliputi daerah ini, Kota Kinabalu dan Tuaran.

Beliau berkata, pihaknya berusaha mendapatkan lebih banyak vaksin untuk diberikan kepada kanak-kanak yang belum mendapat imunisasi itu pada kempen akan datang.

“Kita juga melaksanakan kempen ini di Papar dan akan adakan di Kinabatangan. Kita akan buat kempen di lebih banyak daerah.

“Imunisasi polio kita berikan secara dua pusingan dan yang kita lakukan sekarang adalah pusingan pertama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Imunisasi Polio Peringkat Sandakan di Kampung Bahagia, Batu Sapi, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Christina Rundi.

Mengenai keadaan tiga kanak-kanak yang disahkan positif polio di negeri ini, Ming Fung berkata, mereka masih lagi menerima rawatan di hospital.

Dalam perkembangan berkaitan, Ming Fung berkata, tiada keperluan untuk menutup sekolah di negeri ini susulan kes Influenza A (H1N1) kerana ia hanyalah penyakit bermusim.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah pencegahan bagi mengelak wabak itu menular termasuk dengan memakai topeng muka serta sentiasa menjaga kesihatan diri.

“Untuk Sabah, ada juga kes (H1N1), tapi tiada keperluan menutup sekolah dan sebagainya. Jika kita ambil langkah pencegahan, kita tidak perlu bimbang,” katanya.


 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,539
Reaction score
156
Points
43
aku x paham camna manusia dalam page fb masyarakat kena tahu boleh hidup atas muka bumi..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register