Bayi lelaki dijangkiti virus polio, kes pertama selepas 27 tahun

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226


Infografik
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,165
Reaction score
2,216
Points
236
Malaysia Bakal Beri Vaksin Kepada Pendatang Asing

15.12.2019 - Kuala Lumpur, Malaysia bakal memberikan suntikan vaksin kepada pendatang asing di negara ini, sebagai usaha mengelak penularan wabak penyakit berjangkit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan akan mendapatkan kerjasama daripada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi memperoleh bekalan vaksin untuk diberi kepada pendatang asing.

Beliau berkata kementerian juga akan cuba mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk mendapatkan vaksin memandangkan negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah.

“Satu kerjasama antara Malaysia dengan Filipina (akan diwujudkan) sebab kita di Malaysia tidak diberi (dibekalkan) vaksin yang murah…tetapi Filipina, mereka dapat harga yang murah. Kami akan cuba peroleh (vaksin) menggunakan negara Filipina untuk diberi kepada pendatang asing.

“Kementerian juga akan bekerjasama dengan UNICEF untuk mendapatkan vaksin yang disubsidikan kepada pendatang asing,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan ‘Be a Heart Hero’ di Yayasan Jantung Malaysia oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye hari ini.

Noor Hisham berkata kira-kira 20 hingga 30 peratus pendatang asing khususnya di Sabah dan Sarawak keluar masuk negara ini tanpa saringan dan perkara itu menjadi kegusaran pihaknya jika mereka ini tidak mendapat vaksin.

Minggu lepas, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah dijangkiti virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.

Bayi itu dilapor mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), pada Jumaat lepas.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengharapkan wujudnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya mengambil suntikan vaksin sebelum pihaknya melaksanakan tindakan mewajibkan pengambilan vaksin.

“Kita kena galakkan dan beri pendidikan kesihatan kepada ibu bapa,” katanya.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/12/14/malaysia-bakal-beri-vaksin-kepada-pendatang-asing/
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,360
Reaction score
6,360
Points
1,746
Malaysia Gazette
1 min ·
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan memberi imunisasi tambahan kepada semua kanak-kanak berumur bawah lima tahun di Sabah secara berperingkat-peringkat bagi memastikan penularan virus polio dapat dihentikan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perancangan rapi sedang dibuat dan pemberian imunisasi tambahan ini akan dijalankan secepat mungkin. Imunisasi tambahan itu susulan satu kes jangkitan polio di Sabah yang dilaporkan 8 Disember lalu yang melibatkan seorang bayi lelaki warga negara Malaysia berumur tiga bulan di Tuaran. [ 346 more words ]
https://malaysiagazette.com/…/kanak-kanak-5-tahun-ke-bawah…/


Kanak-kanak 5 tahun ke bawah di Sabah diberi imunisasi tambahan
By
Wartawan MalaysiaGazette
-
15 December 2019

Sebanyak 42 kes baharu keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di premis di Kupang, Baling telah direkodkan sehingga kini. - KP Kesihata, Datuk Noor Hisham Abdullah

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan memberi imunisasi tambahan kepada semua kanak-kanak berumur bawah lima tahun di Sabah secara berperingkat-peringkat bagi memastikan penularan virus polio dapat dihentikan

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perancangan rapi sedang dibuat dan pemberian imunisasi tambahan ini akan dijalankan secepat mungkin.

Imunisasi tambahan itu susulan satu kes jangkitan polio di Sabah yang dilaporkan 8 Disember lalu yang melibatkan seorang bayi lelaki warga negara Malaysia berumur tiga bulan di Tuaran.

Bayi tersebut masih dirawat di Bilik Isolasi hospital dan berada dalam keadaan stabil serta masih diberi bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, sejak kes polio tersebut dikesan, sehingga kini, tiada kes baru polio dilaporkan.


Sehingga 14 Disember 2019, langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang telah dilakukan dan sedang diteruskan termasuk aktiviti pengesanan kes-kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) yang menunjukkan gejala seakan-akan poliomyelitis (iaitu proksi kepada penyakit poliomyelitis) di kawasan sekitar tempat tinggal kes sedang diperluaskan ke kawasan berhampiran dan kawasan berisiko.

Katanya, seramai 1,553 orang telah diperiksa dan tiada yang bergejala AFP dikesan dan pengambilan sampel najis daripada 20 orang kontak rapat bayi tersebut telah dijalankan untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.

Enam sampel persekitaran dari kawasan terlibat dan kawasan berisiko telah diambil bagi pengesanan kehadiran virus polio dan sedang menunggu keputusan makmal; dan pemantauan kehadiran virus polio dalam persekitaran melalui persampelan air kumbahan juga diteruskan di enam loji rawatan air kumbahan terpilih di Sabah.

“Sehingga kini, tiada virus polio liar (wild) atau vaccine-derived poliovirus (VDPV) dikesan dalam sampel persekitaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, aktiviti pemberian imunisasi untuk kanak-kanak yang tercicir imunisasi di kawasan tempat tinggal kes dan kawasan berhampiran dilaksanakan bagi memastikan liputan imunisasi polio ditingkatkan.

Sehingga 14 Disember 2019, seramai 59 orang kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 15 tahun di kawasan tersebut yang tercicir imunisasi telah diberikan vaksin polio.

Kesemua mereka ini merupakan kanak-kanak bukan warga negara.

“KKM juga terus berhubung dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mendapatkan maklumat terkini situasi polio secara global.

“Satu kerjasama bersama pihak Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) sedang diperhalusi bagi mendapatkan bekalan vaksin pada kos yang rendah (disubsidi oleh UNICEF) untuk program imunisasi kanak-kanak bukan warganegara di Sabah.

“Pemberian vaksinasi tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) yang terpilih. Selain itu, KKM juga akan memantapkan kerjasama dua hala dengan kerajaan Filipina termasuk program imunisasi bagi kanak-kanak warganegara negara tersebut yang berada di Sabah,” ujarnya.

Dr Noor Hisham menekankan cara terbaik untuk mencegah penyakit polio adalah melalui imunisasi kerana penyakit berjangkit seperti polio tidak mengenali sempadan. – MalaysiaGazette

 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,464
Reaction score
309
Points
81
Malaysi2 memang terlampau baik, ramai pendatang akan ambik kesempatan nanti.....patutnya buat ops besar2 pastu hantar depa blk .....
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
29,506
Reaction score
2,306
Points
191
Demi lindungi rakyat Malaysia


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan pemberian vaksin polio kepada kanak-kanak warga asing di Sabah adalah untuk melindungi rakyat negara ini daripada dijangkiti virus berkenaan.


Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, kebiasaannya warga asing perlu membayar sebanyak RM80 setiap kali mendapatkan vaksin berkenaan.

Beliau berkata, bagi kes yang berlaku di Tuaran, Sabah, KKM perlu mengambil tindakan segera bagi mengelak jangkitan virus polio kepada kanak-kanak negara ini.


“Kita lihat data kanak-kanak warga negara yang mengambil vaksin sangat tinggi berbanding warga asing. KKM mengambil langkah memberikan vaksin kepada kanak-kanak bagi mengelak risiko dan jangkitan.

“KKM turut memberi vaksin kepada mereka yang berhampiran dengan kawasan kes yang dikenal pasti meliputi warga asing serta merta.

“Kita lihat kepada dua aspek yang mana kes ini sudah berlaku dan ada keperluan untuk kita beri vaksin kepada kanak-kanak termasuk warga asing tanpa sebarang bayaran. Bagaimanapun, mereka biasanya dikenakan bayaran RM80 untuk pengambilan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Diabetes dan Bantuan Pernafasan (CPR) 2019 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, hari ini.

Dr Lee berkata, pihaknya sudah mengadakan kerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan sudah mengenal pasti jenis virus itu yang berpunca dari Filipina.

“Buat masa ini, KKM belum ada dasar untuk menjalankan saringan ke atas rakyat negara itu yang datang ke Malaysia.

“Bagaimanapun, kita akan memastikan semua kanak-kanak di Sabah mengambil vaksin bagi mengelak jangkitan.

“Kesedaran ibu bapa terhadap pengambilan vaksin untuk anak mereka sangat tinggi kerana mengikut data kami menunjukkan sebanyak 95 peratus rakyat negara ini sudah mengambil vaksin ini.

Menurutnya, KKM akan mendapatkan kerjasama daripada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi memperoleh bekalan vaksin untuk diberi kepada warga asing.

“Kementerian juga akan cuba mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk mendapatkan vaksin memandangkan negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah,” katanya.

Pada 8 Disember lalu, KKM memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Sabah membabitkan seorang bayi lelaki warga negara Malaysia berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah.

Bayi berkenaan masih dirawat di Bilik Isolasi hospital dan berada dalam keadaan stabil.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,165
Reaction score
2,216
Points
236
Imunisasi Tambahan Untuk Kanak-Kanak Bawah Lima Tahun Di Sabah

16.12.2019 - Kuala Lumpur, Semua kanak-kanak berumur bawah lima tahun di Sabah akan diberi imunisasi tambahan yang akan dibuat secara berperingkat bagi memastikan penularan virus polio dapat dihentikan.

“Perancangan rapi sedang dibuat dan pemberian imunisasi tambahan itu akan dijalankan secepat mungkin,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pada masa ini aktiviti pemberian imunisasi untuk kanak-kanak yang tercicir imunisasi di kawasan tempat tinggal kes dan kawasan berhampiran telah dilaksanakan bagi memastikan liputan imunisasi polio ditingkatkan.

Sehingga 14 Dis, 2019, seramai 59 kanak-kanak berumur dua bulan hingga 15 tahun di kawasan yang tercicir imunisasi itu telah diberikan vaksin polio. Kesemua mereka ini adalah kanak-kanak bukan warganegara, katanya.

Pada 8 Dis lepas, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah dijangkiti virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.

Dr Noor Hisham berkata penyakit berjangkit seperti polio tidak mengenali sempadan dan cara terbaik untuk mencegahnya ialah melalui imunisasi.

"Oleh itu, ibu bapa diseru untuk memastikan anak yang tercicir imunisasi dibawa ke Klinik Kesihatan yang berhampiran. Penjadualan semula imunisasi bagi kanak-kanak cicir imunisasi akan dibuat mengikut kesesuaian," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga terus berhubung dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mendapatkan maklumat terkini situasi polio secara global dan sedang memperhalusi kerjasama dengan pihak United Nations Children's Fund (UNICEF) bagi mendapatkan bekalan vaksin pada kos yang rendah (disubsidi oleh UNICEF) untuk program imunisasi bukan warganegara di Sabah.

Pemberian vaksinasi itu akan dilaksanakan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih, katanya.

Beliau berkata aktiviti pengesanan kes-kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) yang menunjukkan gejala seakan-akan poliomyelitis (iaitu proksi kepada penyakit poliomyelitis) di kawasan sekitar tempat tinggal bayi berkenaan kini diperluaskan ke kawasan berhampiran dan kawasan berisiko.

Seramai 1,553 orang telah diperiksa, dan tiada yang bergejala AFP dikesan, katanya sambil memberitahu bahawa pengambilan sampel najis daripada 20 orang kontak rapat bayi itu telah dijalankan untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503688
 

Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
917
Reaction score
276
Points
31
Malaysia to work with UNICEF on polio vaccination in Sabah state

KUALA LUMPUR (Dec 16): Malaysia's health authorities on Sunday (Dec 15) said they are working with UNICEF to bring polio vaccines to the state of Sabah in Malaysian Borneo, where the country's first polio case in nearly three decades was detected last week.

A three-month-old infant was diagnosed with polio on Dec 6 after being admitted to hospital with a fever and muscle weakness, the first such case since 1992.

It comes after the Philippines, north of Borneo, reported its first cases of polio since 1993 in September.

Malaysia's health ministry had said the child was infected with a polio strain that shared genetic links with the virus detected in the Philippines.

"We are planning to work with the United Nations Children's Fund, UNICEF, to get vaccine supply at a low cost for an immunisation programme for non-citizen children in Sabah," Director-General of Health Noor Hisham Abdullah said in a statement.

Noor Hisham said the plan is to have UNICEF subsidise the cost of the vaccines, and to administer the vaccinations with the help of selected non-governmental organisations and the Philippines government.

No new cases have been detected so far, though authorities are still waiting for the results of stool samples taken from people who had close contact with the infant and the surrounding area where the child lived, Noor Hisham said.

"The health ministry would like to stress that the best way to eradicate polio is through immunisation. Contagious diseases such as polio know no boundaries," Noor Hisham said.

Sumber : the edge markets
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,138
Reaction score
1,371
Points
206
Malaysia Bakal Beri Vaksin Kepada Pendatang Asing

15.12.2019 - Kuala Lumpur, Malaysia bakal memberikan suntikan vaksin kepada pendatang asing di negara ini, sebagai usaha mengelak penularan wabak penyakit berjangkit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan akan mendapatkan kerjasama daripada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi memperoleh bekalan vaksin untuk diberi kepada pendatang asing.

Beliau berkata kementerian juga akan cuba mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk mendapatkan vaksin memandangkan negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah.

“Satu kerjasama antara Malaysia dengan Filipina (akan diwujudkan) sebab kita di Malaysia tidak diberi (dibekalkan) vaksin yang murah…tetapi Filipina, mereka dapat harga yang murah. Kami akan cuba peroleh (vaksin) menggunakan negara Filipina untuk diberi kepada pendatang asing.

“Kementerian juga akan bekerjasama dengan UNICEF untuk mendapatkan vaksin yang disubsidikan kepada pendatang asing,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan ‘Be a Heart Hero’ di Yayasan Jantung Malaysia oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye hari ini.

Noor Hisham berkata kira-kira 20 hingga 30 peratus pendatang asing khususnya di Sabah dan Sarawak keluar masuk negara ini tanpa saringan dan perkara itu menjadi kegusaran pihaknya jika mereka ini tidak mendapat vaksin.

Minggu lepas, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah dijangkiti virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.

Bayi itu dilapor mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), pada Jumaat lepas.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengharapkan wujudnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya mengambil suntikan vaksin sebelum pihaknya melaksanakan tindakan mewajibkan pengambilan vaksin.

“Kita kena galakkan dan beri pendidikan kesihatan kepada ibu bapa,” katanya.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/12/14/malaysia-bakal-beri-vaksin-kepada-pendatang-asing/
macam mana nak bagi vaksin kepada pendatang asing yang masuk guna laluan2 tikus?
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
21,782
Reaction score
218
Points
123
tangkap la terus

dah alang alang nak bagi vaksin ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register