Bayi lelaki dijangkiti virus polio, kes pertama selepas 27 tahun

CG Sponsors




Sponsored Post

bell&ross

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
4,440
Reaction score
190
Points
43

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,690
Reaction score
11,453
Points
2,376


Infografik
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,690
Reaction score
11,453
Points
2,376

Jangkitan polio merebak di selatan Filipina


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan penularan semula jangkitan polio juga merebak di selatan Filipina.

Pendedahan itu menyusul selepas kes seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah, dikesan dijangkiti virus polio dikenali ‘circulating vaccine-derived polio’ (cVDPV) Jenis 1, selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada jangkitan itu.

Jangkitan itu disahkan melalui jenis virus dikenal pasti dalam ujian dijalankan Makmal Rujukan Polio Serantau WHO di Melbourne, Australia, Jumaat lalu hingga hari ini, selepas bayi terbabit dijangkiti demam dan lumpuh.

WHO dan UNICEF dalam kenyataan bersama hari ini, menjelaskan jangkitan berkenaan hanya berlaku apabila sesebuah populasi tidak mendapatkan suntikan imunisasi yang semakin meruncing dengan ia boleh mengakibatkan pesakit mengalami lumpuh atau kematian.

Katanya, WHO dan UNICEF kini membantu Malaysia melalui nasihat teknikal berhubung tindak balas jangkitan, pemantauan dan sokongan bagi komunikasi risiko.

“Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya memastikan anak masing-masing, khususnya berusia di bawah lima tahun mendapatkan suntikan vaksin bagi perlindungan sepenuhnya.

“Vaksin polio adalah sangat selamat dan penyumbang kepada 99 peratus penurunan kes jangkitan berkenaan di seluruh dunia,” katanya.

Filipina sebelum ini mengumumkan penularan jangkitan polio di negara berkenaan, pada 19 September lalu.

Di Malaysia, vaksin polio diberikan sejak 1972. Program imunisasi polio berjaya membasmi kes polio di Malaysia dengan kes terakhir dikesan pada 1992, selain diisytihar negara bebas polio pada 2000.

Sementara itu, wakil WHO di Malaysia, Dr Ying-Ru Lo dan wakil UNICEF di Malaysia Marianne Clarke-Hattingh, menegaskan WHO bersama UNICEF menyokong Kementerian Kesihatan dalam memastikan semua kanak-kanak dan bayi di Malaysia menerima suntikan vaksin polio.

“Ia bagi mengelak penularan semula penyakit berkenaan selain perlu meletakkan keutamaan untuk menghentikan penyebaran jangkitan berkenaan secara menyeluruh,” katanya.

Info

# Kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992.

# Malaysia bersama negara Rantau Pasifik Barat diisytiharkan bebas penyakit polio pada Oktober 2000.

# Kewujudan vaccine-derived poliovirus (VDPV) boleh memberi risiko jangkitan kepada pelawat.

# Individu dijangkiti polio boleh menyebarkan virus kepada orang lain dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas gejala muncul.


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,413
Points
236
75% Tidak Tunjuk Gejala Jangkitan

11.12.2019 - Kuala Lumpur, Hampir 75 peratus daripada mereka yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda gejala tersebut, kata Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Dr Rohani Jahis.

Menurut Dr Rohani, sebaliknya hanya seorang daripada empat orang dengan jangkitan virus polio, yang akan menunjukkan gejala, kebiasaanya seperti demam selesema.

“Hanya 0.5 peratus individu yang dijangkiti virus ini mengalami kelumpuhan. Maksudnya tidak semua orang lumpuh. Tapi apabila kita dijangkiti virus ini, ia (virus) tetap akan dikeluarkan dalam najis, jadi risiko untuk menjangkiti orang lain itu ada, apabila ia (virus) dikeluarkan dalam persekitaran,” katanya ketika menjadi tetamu Ruang Bicara: Bahaya Polio di Bernama TV.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan seorang bayi tiga bulan disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital pada 6 Dis lepas.

Kes polio ini merupakan yang pertama, setelah Malaysia diisytiharkan bebas penyakit itu 27 tahun lalu.

Beliau berkata, virus polio sebenarnya belum lagi ‘dibasmi’ di dunia ini, dan ketika ini terdapat tiga lagi negara yang masih lagi endemik dengan virus tersebut, iaitu Nigeria, Afghanistan dan Pakistan.

“Jadi kemungkinan (virus) datang daripada negara lain boleh berlaku, sekiranya kanak-kanak atau penduduk di negara ini tidak dilindungi dengan vaksin (pelalian), jadi risiko untuk dapat jangkitan itu ada,” katanya.

Dr Rohani berkata sekiranya seseorang itu dijangkiti virus polio, tiada rawatan khusus untuk membunuh virus tersebut, sebaliknya rawatan adalah bersifat ‘supportive’ seperti ubat demam (sekiranya demam) dan fisioterapi sekiranya mengalami kelumpuhan kaki.

Beliau menegaskan langkah terbaik yang boleh diambil ketika ini ialah, memastikan anak-anak menerima imunisasi yang secukupnya dan pada masa sama, memastikan komuniti turut dilindungi dengan imunisasi.

“Apabila dalam komuniti ramai yang telah menerima pelalian, apabila ada virus polio yang datang ke komuniti, virus itu tidak boleh nak ‘survived’ dalam komuniti, sebab semua orang telah diberi imuniti.

“Isunya apabila tidak ada ataupun imuniti dalam populasi itu rendah, jadi virus ini boleh ‘survived’ dan merebak dalam komuniti menyebabkan masalah,” katanya.

Menurut Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, bayi perlu menerima vaksin polio tidak aktif (IPV) pada usia dua bulan, tiga bulan dan lima bulan. Bayi itu juga perlu diberi dos tambahan apabila mencapai usia 18 bulan.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/12/11/polio-75-peratus-tidak-tunjuk-gejala-jangkitan/
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,382
Reaction score
1,585
Points
596
Oooo....sbb tak vaccine la ni kan?

Warga asing pn dh ramai suka duk malaysia.... Mmg wajib kena vaccine anak2 ...
macam kita dah tua kutuk nie pun kena ambik vaksin juga ka
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,690
Reaction score
11,453
Points
2,376


#Polio: 75% tidak tunjuk gejala jangkitan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register