Bayi lelaki dijangkiti virus polio, kes pertama selepas 27 tahun

CG Sponsors

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah, dijangkiti virus polio yang menjadi kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa didapati mengalami demam diikuti lemah anggota badan, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), Jumaat lalu.

Beliau berkata, bayi itu kini dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan bantuan pernafasan.

“Hasil ujian pengesahan dijalankan Makmal Polio Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia, mendapati virus terbabit ada perkaitan genetik dengan virus polio dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di Filipina. VDPV1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV1).

“Penyakit ini berasal daripada virus polio yang dilemahkan dalam vaksin diberi secara oral (OPV) sebelum virus dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis.

“Dalam persekitaran tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti terbabit, ia mengalami mutasi genetik sehingga menjadi virus yang kembali aktif.

“Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis. Namun, mereka yang divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit itu,” katanya.

Beliau berkata, setakat Khamis lalu, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal mangsa, mendapati 23 daripada 199 orang (11.6 peratus) berusia antara dua bulan hingga 15 tahun, tidak menerima vaksin polio.

Katanya, ia satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVDPV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio.

“Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa semua kanak-kanak terbabit bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio.

“Aktiviti pencarian kes AFP, proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga dijalankan.

“Hingga Khamis lalu, seramai 646 orang diperiksa dan tiada orang bergejala AFP dikesan. Siasatan masih diteruskan di kawasan terbabit, termasuk pengambilan sampel najis daripada kontak rapat kanak-kanak itu serta sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko.

“Ia bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio,

“Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95 peratus,” katanya.

Malaysia’s first polio case in 27 years is a child who wasn’t vaccinated. Here are 3 things to know about the incurable virus

Malaysia has reported its first polio case nearly three decades after the last occurence in 1992.

Last Friday (Dec 6), The Star reported the country’s Health Ministry confirming that a three-month-old boy from Tuaran, Sabah, has been infected with vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) after being admitted into a hospital’s intensive care unit.

The Star quoted health director-general Dr Noor Hisham Abdullah who said on Sunday (Dec 8): “The patient is currently undergoing treatment in an isolation ward and is in stable condition but needs respiratory support.”

He added that the poliovirus is classified as a circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), which originates from a poliovirus that has been weakened by the orally-administered polio vaccine.

The Star reported that Dr Hisham said the weakened virus excretes from the body through faeces.

However, in unsanitary environments, the virus can infect others who have not been immunised against polio and will “thus spread in communities whose polio immunisation rates are less than 95 per cent”.

He warned that if the disease is left uncontrolled, it can genetically mutate until it once again becomes an active virus.

The New Straits Times reported that the Health Ministry will continue vaccination exercises in the area where this case was found, as well as other risk areas, to ensure that immunisation is above the rate of 95 per cent.

NST stated that Malaysia’s last polio case was in 1992, before the country was declared polio-free in 2000.

Here are three things you should know about the incurable disease:

1) Polio mainly affects young children

Polio, or poliomyelitis, is a contagious disease mainly affects young children, and lives in an infected person’s throat and intestines.

It can invade an infected person’s brain and spinal cord, causing paralysis in serious cases – which can lead to permanent disability or death.

The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) – an American public health institute – states that the virus enters the body through the mouth and spreads through contact with the faeces of an infected person.

Though less common, it can also spread through droplets from a sneeze or cough.

2) Symptoms range from flu-like to paresthesia and paralysis.

The institute noted that about one in four people with poliovirus infection will have flu-like symptoms, including: Sore throat; fever; fatigue; nausea; headache; and stomach pain.

CDC said these symptoms usually last two to five days, and “then go away on their own”.

A smaller proportion of people will develop more serious symptoms, like paresthesia (feeling pins and needles in the legs), meningitis (infection of the covering of the spinal cord and/or brain), and paralysis.

However, meningitis only occurs in about one in 25 people with polio, while paralysis occurs in about one out of 200 people.

3) Vaccination is the most effective way of prevention
Although incurable, the disease can be prevented.

Polio vaccines, given multiple times, can protect a child for life, the World Health Organisation (WHO) says.

A 2019 article by HealthHub – a web portal by Singapore’s Ministry of Health (MOH) – says that two booster doses should be given to all children, with the first at 18 months of age, and the second at 11 years of age.

As for adults, CDC recommends a series of three doses, the first two separated by one to two months, and a third dose – six to twelve after the second.

Poliomyelitis - causes, symptoms, diagnosis, treatment, pathology

Langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh KKM bagi mencegah Polio daripada merebak.

Ibu bapa diminta memberi kerja sama kpd KKM untuk memastikan anak menerima imunisasi yang lengkap.

Rujuk kenyataan penuh Men. Kesihatan, Datuk Seri @DrDzul

Infografik

Selepas 27 Tahun Polio Kembali Menjengah Di Malaysia

08.12.2019 - Kuala Lumpur, Setelah 27 tahun bebas daripada virus polio, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti penyakit itu.

Ketua pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bayi itu mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) Jumaat lepas (6 Dis).

Menurut beliau, bayi itu masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.

"Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh Makmal Wilayah Polio, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Australia, virus itu mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes acute flaccid paralysis (AFP) di negara Filipina," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Noor Hisham berkata virus yang dilemahkan itu dikumuhkan oleh badan melalui najis dan dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio serta ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95 peratus.

"Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti itu, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif, dikenali sebagai vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis.

"Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit itu," jelasnya.

Kawasan Berisiko Tinggi

Sementara itu, katanya, sehingga 5 Dis lepas, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah itu mendapati 23 daripada 199 orang - atau 11.6 peratus - yang berumur antara dua bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

"Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio,” kata beliau.

Bagi memastikan negara terus bebas daripada penyakit polio, beliau berkata KKM melalui semua pejabat kesihatan daerah dan fasiliti kesihatan hendaklah antaranya memastikan pemantauan dan pengesanan AFP di semua fasiliti kesihatan diperkukuhkan.

Selain itu, pemantauan sampel persekitaran di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti kawasan petempatan warga asing dari negara yang mengalami polio perlu diperluaskan selain memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95 peratus di semua lokaliti di Malaysia pada setiap masa.

"Bagi Sabah yang paling hampir dengan negara Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan polio," katanya.

Pada masa sama, menurutnya, KKM perlu meningkatkan aktiviti pemantauan kes cicir imunisasi serta meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio serta kepentingan imunisasi bagi mencegah polio dan menangani pengaruh antivaksin.

"Orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran selain mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan," katanya.

Untuk rekod, penyakit polio merupakan penyakit yang wajib dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/502894

Infografik

Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,505
Reaction score
317
Points
81
Sini bnyk pati....bercampur hbs....
 
theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,370
Reaction score
432
Points
81
Kerajaan menanggung kos tinggi.. Kalau kita x beri rawatan kat PATI, nanti penyakit merebak dan PBB akan kondem Malaysia sebab tak hormat hak asasi manusia.

Nasib la jadi negara baik.. Kalau ikutkan hati, tembak mati je PATI ni.
 
Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,448
Reaction score
2,243
Points
236

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacita ingin memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.

Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirustype 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina. Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).

Pesakit kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan. Memandangkan pesakit masih memerlukan rawatan rapi, orang ramai dan pihak media adalah dipohon untuk tidak mengganggu waris atau petugas kesihatan di hospital dalam menjalankan tugas memberi rawatan kepada pesakit tersebut.

Circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio VaccineOPV). Virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis. Dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%.

Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti tersebut, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif. Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis. Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tersebut (protected from infection).

Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio. Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio. Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio.

Aktiviti pencarian kes acute flaccid paralysis(AFP), proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga telah dijalankan. Sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang bergejala AFP dikesan. Siasatan masih diteruskan di kawasan tersebut, termasuk pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak itu dan sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio.

Bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko. Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95%.

Pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah pencegahan juga telah diberikan, termasuk penggunaan tandas yang sanitari dan penjagaan kebersihan diri termasuk tangan. Perlu diingatkan bahawa penyakit Polio, seperti banyak penyakit yang lain, ditularkan melalui “fecal oral route”. Penduduk juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala AFP atau memaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.

Untuk makluman, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Pada Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio. Kejayaan pembasmian penyakit ini adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan di dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak tahun 1972 dan diteruskan sehingga ke hari ini.
Program ini dimantapkan lagi dengan pertukaran cara pemberian vaksin daripada secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV) kepada secara suntikan (Inactivated Polio Vaccine– IPV yang menggunakan virus polio yang telah dimatikan) pada tahun 2008. Langkah pertukaran ini dibuat bagi menghindari risiko berlakunya circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV). Bagi mencegah penyakit polio daripada berlaku, liputan imunisasi harus sentiasa melebihi 95%.

Artikel ini adalah siaran yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia
 
akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
3,667
Reaction score
812
Points
71
Adakah di sbbkan oleh anti-vax? :cool:
 
syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,211
Reaction score
1,999
Points
141
Oooo....sbb tak vaccine la ni kan?

Warga asing pn dh ramai suka duk malaysia.... Mmg wajib kena vaccine anak2 ...
 
anoyz

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2011
Messages
2,660
Reaction score
175
Points
33
virus bawaan drpd najis org yg vaksin. biasanya tempat yg sistem kumbahan tak terurus senanglah dijangkiti.
mungkin virus tu tak pernah ada kat Malaysia, tapi ada org yg divaksin dgn virus dilemahkan ni membawa virus tu masuk Malaysia. budak yg tak divaksin bakal menjadi mangsa jika terdedah dgn virus yg terdapat dalam najis mereka yg divaksin.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register