BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi lelaki cukup sifat dibuang di lantai kedai ayam

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,177
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,177
Reaction score
6,705
Points
881
Awards
1
Bayi lelaki cukup sifat dibuang di lantai kedai ayam

NORHASPIDA YATIM
Keadaan bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di sebuah premis jualan ayam segar terletak di Jalan Air Putih, Chukai, Kemaman.
KEMAMAN - Orang ramai dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki di sebuah kedai jualan ayam di Jalan Air Putih, Chukai di sini pada pagi Sabtu.

Bayi cukup sifat dan masih sihat itu ditemukan oleh seorang peniaga ayam goreng, Mohd Helmi Hashim, 35, ketika ingin mengambil bekalan ayam segar di premis berkenaan sekitar jam 7 pagi.

Menurutnya, bayi tersebut merupakan bayi kedua yang dijumpai di lokasi sama selepas penemuan seorang bayi perempuan pada Julai tahun lalu.

"Masa sampai ke kawasan kedai untuk ambil bekalan ayam, rakan saya terdengar seperti bunyi kucing.

"Kami segera amati dan cari arah mana datangnya suara itu dan terkejut apabila menemukan seorang bayi baru lahir yang berbalut kain di atas lantai kedai," katanya.

Mohd Helmi berkata, dia segera menghubungi pihak polis untuk melaporkan mengenai penemuan itu.

"Waktu jumpa, bayi itu nampak kesejukan. Mungkin pelaku telah meletakkan bayi itu di sini sekitar waktu Subuh pagi tadi.


"Dalam jam 7 lebih, polis datang bersama ambulans untuk bawa bayi tersebut ke Hospital Kemaman," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Menurut Mohd Helmi Hashim, dia berhasrat untuk menjadikan bayi yang dijumpainya itu sebagai anak angkat.

Katanya, dia dan isteri, Zuriyani Ghani, 32, telah sembilan tahun mendirikan rumah tangga, namun belum dikurniakan cahaya mata.

"Saya sebenarnya telah lama berkahwin namun belum dapat rezeki cahaya mata. Bila tengok orang buang bayi merata-rata tempat begitu saya rasa sedih sangat.

"Saya berhasrat sangat nak jadikan bayi ini sebagai anak angkat saya dan saya harap hasrat saya ini menjadi kenyataan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi itu.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang bayi perempuan ditemui di lantai kedai yang sama pada 6 Julai 2023.

Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum ditemui sekitar jam 7.50 pagi.

 
Sponsored Post

Katanya, dia dan isteri, Zuriyani Ghani, 32, telah sembilan tahun mendirikan rumah tangga, namun belum dikurniakan cahaya mata.

"Saya sebenarnya telah lama berkahwin namun belum dapat rezeki cahaya mata. Bila tengok orang buang bayi merata-rata tempat begitu saya rasa sedih sangat.

"Saya berhasrat sangat nak jadikan bayi ini sebagai anak angkat saya dan saya harap hasrat saya ini menjadi kenyataan," ujarnya.
 
Wanita ditahan bantu siasatan kes tinggalkan bayi

Keadaan bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di sebuah premis jualan ayam segar terletak di Jalan Air Putih, Chukai, Kemaman pada pagi Sabtu.
KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penganggur berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar Jabur Kubur pada 11 pagi.

"Polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan dipercayai kekasih wanita itu pada 3 petang tadi di sekitar pekan Chukai.


"Tangkapan terhadap lelaki itu dibuat bagi membantu siasatan sama ada dia bersepakat dengan wanita terbabit untuk membuang bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati bayi itu dilahirkan pada 12 Mei lepas di rumah lelaki berkenaan di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di lokasi terbabit pada 18 Mei.

Beliau berkata, ujian perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) akan dibuat terhadap wanita itu bagi melihat sekiranya mempunyai kaitan dengan insiden seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dihurung semut yang dijumpai di kedai sama, Julai tahun lepas.

Sabtu lepas, seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai kedai berkenaan dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.

Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan polis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. - Bernama
 
Pasangan kekasih mengaku salah abaikan bayi di kedai ayam

Bernama
Mei 23, 2024 09:15 MYT

Pasangan kekasih mengaku salah abaikan bayi di kedai ayam
Sepasang kekasih mengaku bersalah atas tuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka yang baru berusia tujuh hari, Sabtu lepas. - Foto Bernama

CHUKAI: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, Sabtu lepas.

Nur Aisyah Azila Zairul Akmal, 21, dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor, 24, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan kedua-dua mereka secara bersama sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas bayi itu didapati telah mengabaikan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai ayam di Jalan Air Putih di sini antara pukul 7 hingga 7.15 pagi, 18 Mei lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Wan Suhaila kemudiannya membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh jatuh hukum.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Nurul Farhana Shamsudin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mengikut fakta kes seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai sebuah kedai menjual ayam dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi, Sabtu lepas.

Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dilahirkan pada 12 Mei lepas di sebuah rumah di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di kedai berkenaan pada 18 Mei, dan Isnin lepas pasangan kekasih itu ditahan di dua lokasi berasingan.

-- BERNAMA

#pasangan kekasih mengaku salah #mengabaikan bayi lelaki mereka #Chukai Terengganu #Nur Aisyah Azila Zairul Akmal #Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor #kedai ayam

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register