BTC USD 17,304.8 Gold USD 1,798.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi Cedera Dengan Kesan Gigitan, Pengasuh Di Tahan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,123
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,123
Reaction score
4,924
Points
296
Awards
1
03.10.2022 - Ampang, Seorang ibu membuat laporan polis selepas menyedari anaknya mengalami kecederaan dengan kesan gigitan pada muka dan pulasan pada kedua-dua telinga. Kejadian difahamkan berlaku di Taman Putra, Ampang, Selangor pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan yang dibuat seorang wanita.

"Susulan laporan itu, kita telah menahan suspek, wanita berusia 43 tahun pada hari sama. Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai enam orang anak asuhan berusia tiga bulan hingga dua tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohamad Farouk, suspek juga mempunyai dua anak kandung yang tinggal bersama iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia lapan dan 16 tahun. Jelasnya, suspek telah meninggalkan mangsa lalu keluar dari rumah selama dua jam dan punca kecederaan dipercayai dari anak asuhan yang lain menggigit muka mangsa.

"Suspek telah direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu bagi membantu siasatan," katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal.​

1664781472907.png
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1
Apa benda gigit budak?
Gila apa
 
Sponsored Post

Top
Log in Register