BTC USD 48,555.4 Gold USD 1,779.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi bertuah

notrexdame

CG Hardcore Club
Messages
76,139
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Mohd Sabran Md Sani, Siti Fatimah Hassan dan Azlan Hafeedz
[email protected]

KOTA BHARU: “Cukuplah...saya tak mahu kehilangan Noraihah Nabila pula. Dialah satu-satunya zuriat saya sekarang. Saya berdoa ke hadrat Ilahi agar nyawa anak bongsu saya itu dapat diselamatkan,” kata Abdul Rahim Jaafar, 35.

Bayinya, Noraihah Nabila, 18 bulan, terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan 10 mangsa membabitkan tiga kenderaan kira-kira jam 10.30 pagi di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Sejuk, dekat sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, dia difahamkan Noraihah Nabila tercampak keluar dari Perodua Kancil dipandu isteri, Hasliza Md Zain, 32, selepas terlepas daripada dakapan ibu saudara di sebelah kiri pemandu.

Walaupun pasrah dengan kehilangan lima insan tersayang iaitu Hasliza dan tiga anak mereka, adik iparnya, Maiziatul Shah Lia Md Zin, 29, dia tidak putus-putus berdoa di sisi Noraihah Nabila ketika menemani anak bongsunya itu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) di sini, semalam.

Ketika kejadian, Abdul Rahim berkata, dia berada di rumahnya di Kampung Kundur, Kuala Betis dekat Gua Musang, sebelum didatangi seorang saudara memaklumkan kejadian itu.

Dia terkejut mendengar berita buruk itu menyebabkan tubuhnya lemah longlai serta tidak bermaya sehingga terpaksa dipapah seketika.

“Baru pagi tadi (semalam), saya bersembang mesra dengan Hasliza ketika dia turun dari rumah. Masih terngiang-ngiang di telinga ini, panggilan ‘sayang’ dan ‘jaga diri baik-baik’ diucapkannya,” katanya.

Malah, menurutnya, masih kedengaran suara manja tiga anaknya yang terkorban, Mohd Rahizal Yusua, 12; Nor Rashidah, 10, dan Norshaha, 6, melambai-lambai tangan sebelum mereka bertolak.

Menurutnya, dia sempat berpesan kepada Hasliza supaya memandu berhati-hati berikutan keadaan jalan licin akibat hujan pada waktu pagi selain faktor permukaan jalan yang rosak serta berlopak.

Ketika kejadian, isterinya bersama adik ipar dan empat anak mereka dalam perjalanan menghantar anak sulung, Mohd Rahizal Yusua ke rumah nenek di Kampung Beris Panchor, Tawang dekat Bachok, kerana sesi persekolahan akan bermula esok.

“Saya tak sangka mereka kemalangan. Segala-galanya di luar dugaan kerana ketika turun pagi tadi (semalam), Hasliza langsung tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan sikap,” katanya sambil menahan sebak, selain masih kelihatan tergamam dengan kejadian menimpa keluarganya.

Abdul Rahim berkata, anak bongsunya cedera di bahagian kepala dan perut dan kini dirawat di ICU sebaik dikejarkan dari Hospital Gua Musang (HGM).

“Saya reda dengan kejadian itu dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi walaupun terpaksa menerima keperitan terhadap kehilangan isteri dan tiga anak sekelip mata,” katanya.

Jenazah isteri dan tiga anaknya itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beris Gajah Mati, dekat Tawang, lewat malam tadi.
 
Sponsored Post

tEnuKLang

Super Active Member
Messages
5,656
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
'peemrgian' anak yg belum baligh merupakan satu syafaat utk kedua ibu bapa di akhirat kelak...mdah2n anak itu akan memanfaatkan ibu dan bapanya...amin
 
budu

Super Active Member
Messages
7,162
Joined
Jan 1, 2008
Messages
7,162
Reaction score
14
Points
75

takziah untuk keluarga mangsa.....:(
 
ajax932

Super Active Member
Messages
7,694
Joined
Nov 29, 2007
Messages
7,694
Reaction score
41
Points
75
Takziah utk keluarga mangsa....
 
pesukec

Active Member
Messages
1,174
Joined
Jun 18, 2007
Messages
1,174
Reaction score
1
Points
25
al fatihah tuk semua yg terkorban...
 
insyi©

CG Top Poster Club
Messages
28,101
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
Al-fatihah....takziah utk keluarga mangsa.....
 
hafis9984

Fun Poster
Messages
322
Joined
Nov 1, 2008
Messages
322
Reaction score
0
Points
10
alfatihah... amin ya rabb... smg mereka (arwah) d'cucuri rahmat n bersama para solihin..
 
MyBroadband

Active Member
Messages
1,350
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
hardcore gak accident ni.dah la ramai mati, pastu siap ade yg terhumban keluar kereta ... kalau la ade org ambik gamba kat sana pastu letak kat section seram/pelik..

kereta kancil tu langgar murano, pastu kenari tu langgar kancil..yg mati, dalam kete kancil n kenari..murano relax je ade airbag..

thestar.com.my
The deaths came as a stark reminder of the country’s newest traffic law, the rear seat belt ruling that came into force two days ago. None of the rear passengers in either car were buckled up, police said.

so murano tu pkai ke rear belt? ayat saje nak blame kenari n kancil tu,tapi padahal quality kete malaysia mmg bole bunuh org kalau pkai n eksiden.pkai rear belt pon, kete dah hancur sampai takde bumbung,selamat lagi ke kepala?
 
hafis9984

Fun Poster
Messages
322
Joined
Nov 1, 2008
Messages
322
Reaction score
0
Points
10
kancil ngn kenari..huhu.. msia ngn kete import..jauh laingit ngn bumi bohh..huhu.. papepun takziah utk keluarga mereka..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register