TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 455,344
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 455,344
- Reaction score
- 37,610
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium
Afiezy AzamanMac 9, 2024 19:13 MYT

Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 2.30 petang.
"Bayi itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepala bagi malang itu pecah.
"Difahamkan bayi itu baru dilahirkan memandangkan masih mempunyai tali pusat.
"Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Katanya, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian dan sedang menyiasat lanjut kes itu.
AWANI
![]()
Bayi jatuh kondo: Polis rakam empat keterangan saksi
KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam keterangan empat saksi berhubung kes seorang bayi lelaki maut selepas dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, keterangan pengadu serta saksi dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Bagaimanapun, ujarnya setakat ini masih tiada tangkapan dibuat ke atas mana-mana individu.
“Pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) secara menyeluruh terutama di bahagian lif bangunan (12 lif) dan tempat parkir (lapan aras) kondominium masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila disyaki dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sebelum ditemui di kawasan bawah bangunan.
Bayi yang ditemui maut itu baru dilahirkan memandangkan masih ada tali pusat dan mengalami kecederaan parah di kepala ekoran bahagian kepala pecah. – KOSMO! ONLINE