BTC USD 118,542 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi baru lahir dimakan biawak

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,666
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,666
Reaction score
219
Points
38
3129774.webp

Biawak yang memakan bayi malang dipercayai dibuang di kawasan sungai berhampiran perumahan pekerja migran.

BANGKOK - Seorang bayi baru lahir menjadi mangsa tragis apabila dimakan seekor biawak besar berukuran kira-kira dua meter berhampiran kawasan perumahan pekerja migran di daerah Bang Phli, di sini pada Jumaat.

Menurut laporan The Independent, hanya bahagian kepala bayi tersebut yang masih tinggal ketika ditemui pasukan penyelamat dari Yayasan Ruamkatanyu, manakala bahagian tubuh lain dipercayai telah dimakan reptilia berkenaan.

Salah seorang saksi kejadian, Kittisak Phongphipat berkata, pada mulanya dia menyangka objek dilihat adalah bangkai ikan yang terdampar akibat hujan.

“Saya fikir itu ikan yang dihanyutkan air hujan, tetapi apabila saya lihat lebih dekat ia sebenarnya seorang bayi...Bayi itu sudah hampir habis dimakan haiwan berkenaan,” katanya.

Bayi yang tidak dinyatakan jantina itu dipercayai baru dilahirkan dan dibuang ke kawasan sungai berhampiran perumahan migran sebelum ditemui reptilia jenis biawak air Asia atau Varanus Salvator.

Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan termasuk meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian bagi mengenal pasti individiu yang bertanggungjawab membuang bayi tersebut.

Dalam pada itu, biawak air Varanus Salvator merupakan sejenis reptilia yang sering ditemui di kawasan bandar dan dikenali sebagai pemakan bangkai serta sisa makanan.

Walaupun ia tidak menyerang manusia secara langsung, namun masih boleh menjadi ancaman buat bayi dan kanak-kanak sekiranya tiada pengawasan orang dewasa.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

 
Sponsored Post

Spesies Biawak Air ( 𝑴𝒐𝒏𝒊𝒕𝒐𝒓 𝑳𝒊𝒛𝒂𝒓𝒅) atau nama saintifiknya 𝑽𝒂𝒓𝒂𝒏𝒖𝒔 𝒔𝒂𝒍𝒗𝒂𝒕𝒐𝒓 dikategorikan oleh 𝑰𝑼𝑪𝑵 𝑹𝒆𝒅 𝑳𝒊𝒔𝒕 𝒐𝒇 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒂𝒕𝒆𝒏𝒆𝒅 𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒆𝒔 sebagai 𝑳𝒆𝒂𝒔𝒕 𝑪𝒐𝒏𝒄𝒆𝒓𝒏. Di Malaysia, spesies ini adalah dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Biawak Air adalah salah satu dari spesies cicak terbesar di dunia. Ia mudah dikenali melalui kepala yang runcing, muncung panjang dan rata serta terdapat lubang hidung pada hujung muncung tersebut. Spesies ini sangat aktif pada waktu siang. Ia boleh dijumpai di kawasan berair seperti paya bakau, pantai, kawasan hutan rendah serta berhampiran sistem pembentung di kawasan rumah.
Biawak air bertelur dengan jumlah 15 hingga 30 biji telur dan mengeramkan telurnya pada awal musim hujan. Spesies ini memburu mangsanya yang terdiri daripada ketam, katak, mamalia kecil, telur haiwan, cicak dan juga bangkai.


...........................................................................................................



Biawak Air ni kat Malaysia jadi Haiwan terlindung..walau dlm IUCN red list - Least Concern je

Dulu masa naik Bot kat Sungai Melaka....banyak jumpa dia duk tepi sungai

kat sungai2 rasanya memang banyak spesis ni
sais ada yg dah macam boya!

kat rumah saya..ada sungai tepi rumah..& longkang sambung juga ke sungai
Saya ada buat kolam
huhu..pernah dia selamba lepak dlm kolam saya..entah berapa eko ikan + Udang yg dia bedal
(anak sja)
saya pun belasah dia & campak balik ke Sungai
hidup lagi
tapi harap2 dia serik nak datang rumah dah
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register