InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 53,445
- Reaction score
- 4,441
- Points
- 601

KUALA LUMPUR 28 Mei - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaiki bersama keluarganya dalam kemalangan di Kilometer 433.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Aril Rizqin Redza Shahril maut selepas tiba di Hospital Sungai Buloh kira-kira akibat kecederaan parah manakala ahli keluarganya yang lain cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang dinaiki seorang wanita berusia 27 tahun dari Jalan Pahlawan Bandar Mahkota, Cheras bertukar lorong selepas terasa kenderaannya dihimpit dari arah kiri.
“Pada masa kejadian, wanita terbabit memandu di lorong tengah dan bertukar ke lorong kanan sebelum berpusing ke arah bertentangan dan melanggar penghadang tengah lebuh raya akibat panik dihimpit.
“Sementara itu, bapa mangsa, Shahril Salleh, 32, yang memandu kereta Perodua Axia mengatakan telah dihimpit oleh kenderaan lain dari lorong kanan menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang dan menyebabkan isteri serta anak bongsunya tercampak keluar ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Supramaniam, ekoran kemalangan itu, isteri mangsa, Rafnah Mongudancgal, 35, dan dua lagi anaknya yang berusia 11 dan 4 tahun mengalami cedera ringan manakala mangsa tidak cedera. Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/bayi-maut-tercampak-dari-kereta-1.487186#ixzz4iOvINhTp
© Utusan Melayu (M) Bhd
UPDATE 1
Siasatan kemalangan ragut nyawa bayi hampir selesai

SUPERINTENDAN R. Supramaniam. - Foto Saddam Yusoff
KUALA KUBU BHARU: Polis hampir menyiapkan kertas siasatan kes kemalangan di Kilometer 433.8 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Beruntung, yang meragut nyawa bayi lelaki pada Ahad lalu. Ketua Polis Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata siasatan hampir selesai, cuma menunggu laporan forensik dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan di mahkamah.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua saksi yang telah tampil membantu siasatan, termasuk pemilik rakaman kemalangan berkenaan. "Kita telah tahan pemandu kereta Proton Persona itu dan kita siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,
" katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini, sebentar tadi. Dalam kemalangan kira-kira jam 1 tengah hari 28 Mei lalu, bayi berkenaan Aril Rizqin Redza Sharil dan ibunya, Rafnah Mongudancgal, 35, tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama bapa dan dua lagi abangnya selepas dilanggar sebuah kereta.
Bayi itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, manakala ibu dan bapanya yang juga pemandu kereta Perodua Axia, Shahril Salleh, 32, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, hanya cedera ringan. Kemalangan itu sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dan video kemalangan berdurasi 34 saat itu viral di laman Facebook.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/288987
Last edited: