BTC USD 54,785.3 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi 12 Bulan Terkunci Hampir Sejam Dalam Kereta

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,199
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,199
Reaction score
36,349
Points
2,836
Awards
2

Bayi 12 bulan terkunci hampir sejam dalam kereta​


20 Jun 2024 09:46pm

2696491.jpg

Anggota bomba bertungkus-lumus membuka pintu kereta yang terkunci.


PENAMPANG - Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan terkunci dalam kereta hampir satu jam di sebuah kawasan perumahan di Jalan Bundusan di sini, pada Khamis.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, bayi tersebut berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, seramai enam anggota dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.30 petang.

2696492.jpg


"Bayi tersebut terkunci selama 40 minit ketika cubaan membuka pintu kereta dilakukan oleh pengadu.

"Usaha membuka pintu itu gagal sebelum mereka memanggil pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Katanya lagi, operasi menyelamat segera dilakukan sebaik tiba di lokasi.

"Angota membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan bayi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.


 
Sponsored Post

kalau panggil tukang kunci...zuppp dia buka..selamba je
(dia suruh paling ke lain..tak bagi tengok mcm mana dia buat)

tak tau kereta sekarang boleh ke tak?

saya pernah..masa tu lamaa dah..dlm tahun 2000 kot..:ROFLMAO:..saya pakai sentra baru...kunci tertinggal dalam boot
panggil tukang kunci...kejap dia buka
tapi kena bayar lee



.......................

bomba buka pintu tu...rosak tak pintu ?

kalau pecahkan cermin tepi...munkin tak mahal sangat kot?

tapi kalau kes budak ..bahaya..pecahkan sjalah
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register