Bayar RM10,000 atau video bogel tersebar

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
SAIFUL Azly (kanan) menunjukkan barang kes yang dirampas pada sidang media di IPK Kuala Lumpur. FOTO Saifullizan Tamadi


Kuala Lumpur: Menggunakan profil palsu untuk 'memancing' lelaki merakam video separuh bogel sebelum memeras ugut mereka untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Itu taktik digunakan Geng Kenny yang didalangi tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 22 hingga 30 tahun menggunakan aplikasi media sosial seperti WeChat dan Facebook membabitkan kerugian RM16,800.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kegiatan kumpulan jenayah yang dipercayai pakar dalam bidang teknologi maklumat (IT) itu terbongkar hasil laporan polis dibuat mangsa.

Menurutnya, polis menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada 12 mangsa.

Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah dua wanita akan menarik perhatian lelaki di media sosial dan memainkan peranan dengan percakapan lucah serta menunjukkan tubuh badan dalam keadaan separuh bogel.

"Pada masa sama, suspek wanita akan memaksa mangsa berbogel dalam panggilan video dan tanpa disedari suspek membuat rakaman terhadap panggilan video berkenaan.

"Selepas selesai panggilan video berkenaan, perancang utama akan menghantar satu mesej ugutan kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp untuk mengedarkan gambar bogel dalam laman sosial dan meminta wang tunai RM10,000 bagi setiap panggilan video yang berjaya dibuat," katanya dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Saiful Azly berkata, dalang utama menyediakan satu akaun bank milik rakan sejenayah mereka untuk mangsa memasukkan wang yang diminta.
Beliau berkata, mangsa yang trauma dan takut gambar serta video disebarkan memasukkan wang ke dalam akaun yang disediakan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) bagi membekukan empat akaun bank dengan jumlah RM486,680,18.

Sementara itu, dalam kes berasingan Saiful Azly berkata, polis menahan empat lelaki pedofilia di sekitar Lembah Klang menerusi Ops Pedo sejak Januari hingga Julai lalu.

Beliau berkata, perbuatan jijik suspek itu terbongkar hasil maklumat dan risikan dilakukan polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak berkuasa luar negara.

"Siasatan mendapati semua suspek berusia 29 hingga 61 tahun membabitkan ahli perniagaan, peronda lebuh raya, juruteknik IT dan penganggur melayari laman web lucah yang mengandungi gambar dan video pornografi membabitkan kanak-kanak.

"Kita turut merampas peralatan digunakan untuk melayari laman web lucah iaitu router, komputer riba dan set komputer. Kesemua barang rampasan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM untuk dianalisa," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


== hmetro
 
Top
Log in Register