BTC USD 49,263.1 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bawa isteri elak fitnah

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
JOHOR BAHRU: Selain menjadi isteri, pelakon, Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 29, juga akan menjawat tiga ‘jawatan sampingan’ kepada suaminya, Asmawi Ani, 27 atau Mawi.

“Saya akan membawa Ekin sewaktu bekerja. Dia akan menjadi pengurus atau penasihat imej dan pembantu peribadi saya,” kata pemenang tiga kali anugerah Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular itu selepas selesai majlis akad nikahnya dengan Ekin di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.

Mawi berkata, tindakan itu dilakukannya bagi memastikan isterinya akan sentiasa di sisinya bagi mengelak timbul masalah di kemudian hari.

Kata Mawi, sebagai pasangan artis yang sering menjadi perhatian ramai, sudah tentu pelbagai cabaran dan dugaan akan dihadapi, termasuk gosip dan fitnah.

“Pada saya, apabila ada bersama isteri ia lebih mudah dan mampu mengelak gosip tidak berasas. Kalau ada pun yang cuba memfitnah, ia pasti tidak akan menjejaskan hubungan kami kerana Ekin tahu apa yang saya lakukan sepanjang hari,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai majlis akad nikah.

Bercerita mengenai perasaannya sewaktu melafazkan akad nikah, tanpa berselindung Mawi menyatakan, perasaannya cukup berdebar tetapi mujur dia dapat menyatakannya dengan tenang dan lancar.

“Hendak kata berlatih, memang setiap hari dan saat saya mengungkapkan lafaz nikah dalam hati sebagai satu bentuk latihan. Sebenarnya lafaz nikah ini pada perkataan pertama saja yang memberi tekanan untuk dinyatakan.

“Kalau ayat awalnya sudah betul, pengakhiran lafaz pasti sempurna,” katanya yang sah menjadi suami kepada Ekin dengan sekali lafaz.

Dalam waktu sama Mawi yakin perkahwinannya dengan Ekin akan berpanjangan memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi pasangan terbabit sebelum ini.

“Saya yakin kami boleh berdepan apa juga situasi atau masalah yang timbul kerana sepanjang berkenalan hampir setahun setengah sudah terlalu banyak fitnah dan dugaan besar kami harungi. Saya percaya perkara itu membuatkan kami menjadi lebih kuat, terutama isteri saya,” katanya.

Mengenai perancangan selepas berumahtangga, kata Mawi, dia akan bercuti selama tiga minggu sebelum kembali bertugas akhir Januari depan, dan setakat ini urusan berbulan madu belum difikirkan.

“Badan Pelancongan Korea ada menyatakan mahu menaja bulan madu kami, dan waktu sama saya dan Ekin mahu melawat negara di mana saya melamarnya iaitu Syria. Rasanya mungkin saya perlukan tiga bulan cuti untuk memenuhi impian bulan madu kami.

“Mengenai cahaya mata, kami tidak merancang dan kalau boleh saya mahukan anak yang ramai. Saya juga mempunyai impian anak sulung kami nanti turut kembar seperti ibunya,” katanya.

Sementara itu, sebaik melangkah masuk di ruang utama Masjid Abu Bakar, pasangan itu nampak tenang, bagaimanapun situasi berubah apabila Ekin berdepan ibunya, Fatimah Saad dan ahli keluarga lain untuk meminta restu.

Dia tidak dapat menahan sebak lalu menangis. Perasaan itu turut terbawa-bawa hingga ke dalam dewan sidang akhbar.

Menjelaskan perkara itu, Ekin berkata, dia sedih kerana harus berpisah dan kini di bawah tanggungan orang lain.

“Saya memang rapat dengan ibu dan sebelum ini apa juga masalah saya lalui ibulah tempat saya mengadu, tetapi sekarang situasinya berbeza. Sebagai isteri, saya harus dahulukan suami dan itu jugalah nasihat ibu,” katanya.

Ekin turut menjelaskan, dia menangis kegembiraan kerana akhirnya tohmahan atau fitnah pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini pasti berakhir kerana dia kini sah bergelar isteri kepada Mawi.


macam dah kena cucuk idung saja..kena QC ker si Mawi nie...:-?
 
Sponsored Post

levitez

Legendary Member
Messages
14,102
Joined
May 28, 2007
Messages
14,102
Reaction score
15
Points
115
harap2 gitu ler...jangan hangat2 ayam jer...:D
 

Jeb

CG Top Poster Club
Messages
39,505
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
Jgn awal kawen je cakap camtu...:p:p:p


Jawatan kat atas katil dia tak sebut ke???:)):))
 

ahmadnaim

Active Member
Messages
1,065
Joined
Dec 14, 2007
Messages
1,065
Reaction score
49
Points
35
alhamdulillah bagusla camtu hip hip horey
 
Sponsored Post
Top
Log in Register