BTC USD 38,813.5 Gold USD 1,813.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Bawa Anak Kecil Bercuti Beri Tekanan" - Scha Alyahya

Sponsored Post

blink_182

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
9,786
Reaction score
21
Points
65
Dia ckp beban bkn sbb budak tu wujud

Tp beban sbb bwk budak tu bercuti sekali

Alahai korang ni hahaha
 

seponce

Freshie
Joined
Jan 23, 2009
Messages
17
Reaction score
1
Points
8
bengap x bertempat kadang2 dia nih, dri zaman skolah smpai la skrg, hmm..
 

Ran

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2007
Messages
4,979
Reaction score
63
Points
40
xblh buat bini org perangai mcm dia nih..pikir sedap jimak jer..anak meragam cakp huru hara kacau bilau..jilakee..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,837
Reaction score
1,865
Points
201
Cadang kes saman Awal, Scha-D'Haja selesai melalui mediasi
| | 8 September 2020

Awal dan Scha (kanan) pada 27 Mac lalu menang dalam saman mereka terhadap D'Haja berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan itu.
 - Foto Bernama
A
A
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mencadangkan supaya kes saman membabitkan pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya dengan syarikat pembekal tekstil D'Haja (Malaysia) Sdn Bhd yang kini berada di peringkat rayuan, diselesaikan secara baik melalui proses mediasi.

D’Haja memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini, yang membenarkan tuntutan saman Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari dan Scha, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir terhadap syarikat itu berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.

Peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican, mewakili D'Haja memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar meminta supaya pihak-pihak terlibat berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap kes tersebut.

–– ADVERTISEMENT ––



“Proses mediasi akan dijalankan di Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini dan sekiranya pihak-pihak gagal mencapai penyelesaian, pendengaran rayuan D’Haja akan disambung semula pada 17 November ini," kata peguam itu yang turut memaklumkan tarikh untuk mediasi akan ditetapkan kemudian.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan D’Haja bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang dibuat pada 27 Mac 2019.

Peguam, Azlan Abdul Razak yang mewakili pasangan suami isteri itu ketika ditemui pemberita turut mengesahkan terdapat cadangan daripada mahkamah supaya pihak-pihak cuba mencari jalan penyelesaian dan anak guamnya juga terbuka untuk menyelesaikan kes secara mediasi.

Sementara itu, Hasnal Rezua berkata, anak guamnya memfailkan rayuan pada 3 April 2019 atas alasan Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika membenarkan tuntutan saman pasangan selebriti berkenaan.

Pasangan selebriti itu memperoleh ganti rugi RM345,305 selepas menang dalam saman mereka terhadap D'Haja berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.

Hakim, Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah turut memerintahkan defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000, faedah lima peratus bermula dari dari tarikh pemfailan sehingga pembayaran penuh serta kos RM5,000 kepada kedua-dua plaintif.

Mahkamah Sesyen juga membenarkan tuntutan balas difailkan D'Haja serta memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 selepas mendapati pasangan berkenaan memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.

Dalam saman difailkan pada 30 April 2018, Awal dan Scha mendakwa mereka telah memasuki kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi Bleu dan Maroon dengan pembekal tekstil, D’Haja pada 11 Oktober 2016 selama dua tahun sehingga 10 Oktober 2018.

Bagaimanapun mereka mendakwa, D'Haja gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma asas perjanjian selain gagal memulangkan 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...saman-Awal-Scha-DHaja-selesai-melalui-mediasi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register