BTC USD 60,995.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Basikal Elektrik Berpedal Dari BMW Ini Mampu Bergerak Sejauh 300KM

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Di pameran IAA Mobility yang berlansung di Munich, German baru-baru ini, pihak BMW Motorrad telah pertontonkan rekaan basikal elektrik konsep berkelajuan tinggi yang dikenali sebagai BMW i Vision AMBY. BMW i Vision AMBY merupakan basikal dengan pedal pengayuh serta dipacu oleh motor elektrik dengan 3 mod kelajuan.

BMW_i_Vision_amby_sketches_05.jpg


Sebagai sebuah basikal elektrik yang lengkap dengan pedal, BMW i Vision AMBY memerlukan kayuhan tetap daripada penunggangnya. Bermakna untuk menggerakkan basikal ini, penunggang masih perlu mengayuhnya sendiri. Selepas dikayuh, barulah kuasa elektrik disampaikan kepada motor elektrik basikal tersebut.

BMW_i_Vision_amby_inform_00.jpg


BMW mendakwa, basikal elektrik mereka ini mampu bergerak selaju 60km/jam menerusi 3 mod kelajuannya iaitu bermula dari 25km/jam di dalam trek, 45km/jam untuk bergerak di jalan bandar dan 60km/jam untuk lalun jalan lebar. Basikal elektrik konsep ini dilengkapi dengan pek bateri 2,000 Wh yang terletak dibahagian tengah kerangka basikal.

BMW_i_Vision_amby_inform_01.jpg


Untuk mengecas penuh bateri basikal ini, BMW memaklumkan ia akan mengambil masa selama 3 jam dan mendakwa ia boleh bergerak sejauh 300km pada kelajuan 25km/jam.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan dan teknologi seperti sistem brek ABS, lampu brek, pengimbas jarak apabila ada kenderaan hampir di belakang serta ketinggian tempat duduk yang boleh diubah secara automatik mengikut kesesuaian ketinggian penunggangnya.

Sumber asal https://electrek.co/2021/09/06/bmw-...-300-km-of-range-plus-an-electric-motorcycle/
Sumber tambahan https://www.bmwblog.com/2021/09/06/...ision-amby-a-futuristic-electric-peddle-bike/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register