BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas terbalik: Seorang maut, lima cedera

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU - Seorang wanita rakyat Indonesia maut manakala lima lain cedera parah selepas bas persiaran yang mereka naiki terbalik dan dirempuh treler di KM155.6 Lebuh Raya Utara Selatan, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ledang Supt Mohd Salleh Abd Razak berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.06 pagi dan mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Sa'odah, 22, berasal dari Jawa Timur, Indonesia.

"Kejadian kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Tangkak itu berlaku ketika bas membawa 45 penumpang rakyat Indonesia berkenaan dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ibu negara," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Salleh berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mempercayai bas itu hilang kawalan sebelum terbalik dan merintangi jalan.

Beliau berkata bas itu kemudian dirempuh pula di bahagian tengah oleh sebuah treler bermuatan plastik yang juga dalam perjalanan ke arah utara.

Katanya pemandu bas yang berumur 39 tahun itu hanya cedera ringan manakala pemandu treler berumur 46 tahun patah tangan kiri.

"Mayat Sa'odah dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat manakala lima yang cedera parah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan," katanya.

Difahamkan, kesemua rakyat Indonesia itu datang ke negara ini untuk mencari pekerjaan.

Kemalangan berkenaan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernama
 
ingatkan rakyat mesia.. laju kot driver bas nih memandu smpai boleh terbalik bas..
kalau aku lalu lebuhraya utara selatan banyak je bas yg lalu lane kanan..
 
Back
Top
Log in Register