BTC USD 59,517.5 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas Rempuh 11 Kenderaan, Di Percayai Alami Kegagalan Brek

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
18.04.2024 - Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di Batu Pahat, Johor pagi tadi. Sebuah bas dipercayai hilang kawalan akibat kegagalan brek sebelum merempuh 11 kenderaan dalam kejadian di Batu Pahat, Johor pagi tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang itu, pada 10.40 pagi tadi. Bas berkenaan dari arah bandar Baru Pahat menghala ke Jalan Kluang, melanggar dua buah lori dan sembilan kereta yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat, menurut Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah.

“Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Siasatan lanjut masih dijalankan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan iaitu memandu secara melulu dan berbahaya. Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka memaparkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat.
1713432849617.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register