Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 61,911
Top Poster #3
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 61,911
- Reaction score
- 6,856
- Points
- 916
- Awards
- 1
02.11.2023 - Sekumpulan pelancong panik apabila bas persiaran yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Semporna-Tawau, berhampiran Bulatan Lepa, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, bas dinaiki 15 pelancong warga China dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Tawau. Manakala pemandu lori bersama kelindannya dari arah bertentangan menuju ke Pekan Semporna. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera serta sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima jam 12.01 tangah hari.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lori jenis tiga tan dan sebuah bas persiaran pelancong dalam keadaan terbalik dengan ke semua 19 mangsa terlibat masing-masing 14 lelaki dan lima perempuan. Terdapat dua orang mangsa lelaki di dalam lori, iaitu pemandu yang tersepit dan cedera di bahagian kaki berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba sebelum dibawa ke hospital manakala kelindan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Madzlan berkata, pemandu bas pelancong yang mengalami trauma dihantar ke Hospital oleh orang awam manakala mangsa yang lain tidak mengalami kecederaan.
“Pasukan Bomba bertindak menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan sejam kemudian,” katanya.
Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/bas-persiaran-bawa-pelancong-china-terbalik/