BTC USD 17,216.8 Gold USD 1,789.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas 'Masuk' Parit, 28 Penumpang Selamat

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
04.10.2022 - Pendang, Sebuah bas persiaran yang membawa 28 penumpang terbabas ke dalam parit di KM60 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di Pendang, Kedah. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kedah, Mohamad Ehsan Mohd Zain, berkata bas itu dipercayai dari Hatyai, Thailand, menghala ke Kampar, Perak, membawa 28 penumpang. Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.25 petang semalam.

“Pasukan dari Balai Bomba Alor Setar, Jalan Raja dan Pendang tiba di lokasi tidak lama kemudian, mendapati bas persiaran terbabit dipercayai terbabas ke bahu kiri jalan dan masuk ke dalam parit. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan tersepit dalam kejadian itu dan mereka berjaya keluar dengan sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan, seorang wanita berusia 60 tahun dilaporkan cedera di kaki dan tangan kiri serta 10 lagi mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk mendapatkan rawatan. Katanya, 18 penumpang lagi yang tidak mengalami kecederaan dibawa ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Gurun sebelum operasi yang turut disertai polis dan pegawai Kementerian Kesihatan tamat pada 4.59 petang.​

1664866531211.png
 
Top
Log in Register