- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
BAYAN LEPAS: Enam motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Tun Dr Awang/Jalan Tengah, Bayan Baru di sini, ‘dilenyek’ sebuah bas kilang yang hilang kawalan petang semalam.
Kejadian mengakibatkan seorang lelaki terbunuh di tempat kejadian manakala tujuh yang lain cedera parah termasuk isteri kepada mangsa yang terbunuh.
Dalam kejadian itu, dua orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera ringan.
Mangsa yang terbunuh, Ang Gim Chye, 40, pekerja kedai emas di Bayan Lepas dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Tun Sardon, Gelugor, bersama isterinya dengan menunggang motosikal Honda EX5.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila sebuah bas kilang dari arah Jalan Bayan yang dalam perjalanan menghantar kira-kira 30 pekerja warga Indonesia ke kilang di Bayan Lepas dipercayai hilang kawalan dan merempuh deretan motosikal yang berhenti di lampu isyarat merah.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Mohd Zain, berkata berdasarkan siasatan awal polis, bas kilang berkenaan dipercayai dipandu laju melalui Jalan Bayan ke arah Bayan Lepas.
Beliau berkata, ketika melalui persimpangan lampu isyarat antara Jalan Bayan dan Jalan Tun Dr Awang, bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba membelok ke kanan.
Katanya, akibat kejadian itu, bas berkenaan memasuki arah bertentangan ke Jalan Tengah menuju sekumpulan enam penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Macam kisah berulang saja...15 tahun dulu pun jadik macam nie..kat simpang batu uban...awal pagi hari pertama trafiklight beroperasi..