Bas Hidrogen Di Lancarkan, Sarawak

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,896
Reaction score
2,463
Points
236
21.01.2020 - Kuching, Ketua Menteri lancarkan bas hidrogen pada jam 1.30 petang ini (21.01.2020). Tiga bas itu menjalani proses percubaan mulai 1 hingga 14 Ogos lepas.

Laluan percubaan ialah sepanjang Tebingan Kuching di Jalan Tunku Abdul Rahman ke pantai Damai di Santubong, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub ke Medan Niaga Kubah Ria, Jalan Abell, Jalan Padungan, Jalan Sentral Timur, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Satok, Jalan Kulas, Jalan Muda Hashim dan Jalan Datuk Ajibah Abol.




Bas Hidrogen Percuma Sudah Beroperasi



Bas hidrogen Sarawak percuma kepada penumpang sudah beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sebagai permulaan, tiga buah bas digunakan untuk menghubungkan dua laluan ditetapkan iaitu di sekitar bandaraya Kuching kira-kira 14 kilometer dan Damai kira-kira 67 kilometer.

Menurutnya, bas hidrogen dilengkapi Internet of Thing (IoT) yang menyediakan Wifi LTE berkelajuan tinggi, sekali gus membolehkan penumpang mengakses laluan bas, mencari dan mengakses stesen pengangkutan awam terdekat.

Pada masa sama, Aplikasi Komersial iBeacon di dalamnya juga menawarkan maklumat mengenai bandaraya ini, termasuk majalah dan video bagi tujuan pengiklanan.

Ia turut dilengkapi dengan H2Sarawak E-Commerce Store yang membolehkan perkhidmatan tiket dalam talian untuk mempamerkan tempat tarikan, hotel, produk tempatan Sarawak seperti kraftangan, makanan, kek dan sebagainya.

LALUAN BAS HIDROGEN

Bagi laluan KUCHING
- dari Tebingan Kuching ke Central Timur, Jalan Ban Hock, Hotel Riverside Majestic, Kubah Ria, Kampung Bandarshah 2 dan Tebingan Kuching.

DAMAI
- dari Hotel Riverside Majestic ke Muzium Sarawak, Perhentian Bas Satok 1, Perhentian Bas Satok 2, Perhentian Bas Petra Jaya 1, Perhentian Bas Petra Jaya 2, Damai Central, Perhentian Bas 1, Perhentian Bas 2, Perhentian Bas 3, Perhentian Bas 4, Perhentian Bas 5, Perhentian Bas 6, Perhentian Bas 7 dan Hotel Riverside Majestic.

Berita asal https://careta.my/article/operasi-bas-hidrogen-sarawak-bermula-esok-percuma
Sumber tambahan https://sarawakvoice.com/2020/01/22/kerajaan-sarawak-rancang-sediakan-bas-hidrogen-di-miri-sibu-dan-bintulu/
 
Top
Log in Register