Bas henti-henti rosak brek rempuh tujuh kenderaan
KUALA TERENGGANU: Sebuah bas henti-henti dipercayai mengalami kerosakan brek merempuh tujuh kenderaan yang berhenti di lampu isyarat berhadapan stesen minyak Shell di Jalan Sultan Mahmud, di sini, semalam, menyebabkan seorang wanita berusia 20-an cedera di kepala dan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, bas dari Dungun ke Kuala Terengganu dan membawa kira-kira 20 penumpang itu gagal dikawal sebelum merempuh tujuh kenderaan lain di hadapannya.
Kemalangan menyebabkan sebuah Perodua Kancil dinaiki seorang wanita rosak teruk, manakala kenderaan lain membabitkan Perodua ViVA, Kancil, Proton Persona, Proton Iswara, Perodua Myvi dan Pajero rosak di depan dan belakang.
Penumpang bas, Norshamimi Mat Lazim, 21, yang ditemui berkata dia yang dalam perjalanan pulang ke Kolej Teknologi Bestari (KTB), Setiu, menaiki bas berkenaan dari Paka selepas bercuti di rumah keluarga menyambut Aidiladha.
“Saya tersedar daripada tidur selepas kepala terhantuk di kerusi penumpang hadapan akibat perlanggaran itu. Ketika itu saya lihat sebuah Pajero melintang di hadapan bas dan kereta lain rosak di belakang dan depan. “Selepas perlanggaran, pemandu meneruskan perjalanan dan berhenti kira-kira 50 meter dari tempat kejadian,” katanya.
-- H.Metro