Bas ekspres terbalik, 13 penumpang selamat

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
bas_1603944391.jpg


SIBU: Tiga belas penumpang termasuk pemandu sebuah bas ekspres nyaris maut selepas bas yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbalik di Jalan Paradom, jam 7.15 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata bas terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bas Sibu menuju ke Kuching.

"Ketika tiba di Jalan Paradom, bas terbabit hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit besar," katanya.

Berikutan insiden itu, 13 penumpang termasuk pemandu bas berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 60 tahun itu dibawa ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).


== bharian
 
Top
Log in Register