Bas bintang RM135 juta ditembak

CG Sponsors

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

ADEBAYOR (kanan) ditenangkan oleh seorang lelaki di luar sebuah hospital di Cabinda kelmarin.

BEBERAPA orang merebahkan diri selepas sekumpulan lelaki
bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah bas pasukan bola sepak Togo di Cabinda kelmarin.

BINTANG kelab bola sepak Manchester City di England yang bernilai AS$40.05 juta (RM135.30 juta), Emmanuel Adebayor menceritakan detik-detik serangan pengganas selepas bas yang dinaikinya bersama rakan-rakannya daripada pasukan bola sepak kebangsaan Togo ditembak selama 30 minit kelmarin di Angola, lapor beberapa akhbar semalam.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan berdas-das tembakan ke arah bas itu yang sedang menuju ke wilayah Cabinda, Angola sebagai persediaan menghadapi perlawanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika yang akan bermula hari ini.

Sebanyak lapan anggota pasukan bola sepak Togo cedera namun pemandu bas itu maut bersama dua orang lagi manakala Adebayor mengalami kejutan selepas dirawat di sebuah hospital di Cabinda.

Menurut Adebayor, dia dan rakan-rakannya melihat sekumpulan orang memakai pakaian seragam tentera seperti mahu pergi berperang.

Namun katanya, setelah melepasi sempadan Angola sejauh lima kilometer dari negara Republik Congo, dia dan rakan-rakannya kemudian mendengar bunyi tembakan ke arah bas dengan tiba-tiba.

"Pada akhirnya (selepas kejadian tembakan), kami mendapati terdapat ramai orang (rakan sepasukannya) yang cedera.

"Terdapat peluru pada tubuh salah seorang penjaga gol kami. Seorang kakitangan akhbar dan komunikasi kami mengalami kecederaan. Dia masih tidak sedarkan diri," kata Adebayor.

"Bolehkah anda berimagnasi bahawa kami berada di tengah-tengah kejadian tembakan yang berlaku selama 30 minit itu.

"Bas kami terhenti dan terdapat orang yang menembak ke arah bas kami selama 30 minit," tambah bintang bola sepak itu.

Menurutnya, suasana di dalam bas itu amat senyap semasa kejadian tersebut berlaku.

Seorang rakan Adebayor, Thomas Dossevi berkata, mereka melindungi diri daripada tembakan itu dengan berbaring di bawah kerusi bas.

Seorang lagi pemain tengah kelab bola sepak Aston Villa, Moustapha Salifou tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Pentadbiran Angola mengutuk serangan itu yang dilakukan oleh gerila-gerila pemisah Barisan Pembebasan Enklaf Cabinda yang menentang pemerintah negara itu sejak tiga dekad lalu. - Agensi
 
Sponsored Post

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
ingatkan kat sini tadi... mahal betul bas tu.
 
Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70

Dah tau negara tu bergolak nk teruskan jgk kejohanan ni kat situ..apa dh xde negara lain yg boleh jd hos..?apa punya ******* lh diorg ni..worldcup kat africa sltn nnt ntah selamat ntah tak..:-?
 
neceolite

Active Member
Joined
Mar 4, 2007
Messages
2,074
Reaction score
4
Points
25
nasib baik bas tu tak kena bom ka bazooka ka .. kalo tak .. habis semua
 
GaliGold

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2010
Messages
332
Reaction score
1
Points
15
wah....nie lagi ngeri..team bola sepak pun mereka nak tembak..?apa punya misi dan visi la
 
ngutik

Fun Poster
Joined
Jul 4, 2009
Messages
645
Reaction score
3
Points
15
bkn bas mahal,player tu yg mahal..adibayor.
 
irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
jd putih sekejap adebayor..
 
alongshidy

Fun Poster
Joined
Nov 7, 2009
Messages
642
Reaction score
235
Points
23
nasib baik adebayor xkene tembak..:))
P.S:Adebayor tu patutnye xyah la main African Cup tu..main epl je..ade gak point fantasy aku..hehehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register