Baru rakyat tahu UMNO, Pas tidak ada tokoh jadi Perdana Menteri – Ibrahim Ali

CG Sponsors




sir_hepi

Fun Poster
Joined
Nov 30, 2018
Messages
668
Reaction score
185
Points
23
MGF24082019_SIDANG-MEDIA-PUTRA17-1-681x454.jpg
Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Apabila Muafakat Nasional (MN) mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin calon Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan datang, membuktikan UMNO dan Pas selama ini tidak mempunyai tokoh sesuai untuk jawatan itu.
Presiden Parti Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, pelbagai perasaan timbul apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perkara itu semalam.

“Ada rasa nak ketawa, ada rasa naik sedih dan ada juga rasa nak terkencing apabila membaca kenyataan media dari dua pemimpin kanan parti MN ini.
“Rupanya MN tidak ada calon yang layak dan selama ini berkokok berdegar-degar kononnya, UMNO dan Pas adalah dua parti hebat, apatah lagi UMNO yang mendakwa sebagai parti dominan dalam MN dan PN.

“Baru sekarang semua rakyat tahu, UMNO tidak ada seorang pun calon di kalangan pemimpinnya yang berwibawa untuk Perdana Menteri selepas PRU-15. Semuanya tidak layak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi dan Annuar dalam kenyataan berasingan menyatakan, MN menyokong dan bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kerajaan PN sekiranya menang PRU-15 akan datang.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MN antara UMNO dengan Pas baru-baru ini.

Menurut Dr. Ibrahim, selain UMNO, Pas juga belum mendapat apa-apa hidayah dan petunjuk siapa di kalangan pemimpin mereka layak serta sesuai untuk jawatan Perdana Menteri.

“Abdul Hadi pun tidak layak. Hanya setakat menjadi wakil Perdana Menteri ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri sahaja.

“Sebelum ini kita semua maklum, Pakatan Harapan (PH) sukar menamakan calon Perdana Menteri. Setiap kali mesyuarat dan berbincang, calonnya berubah dari satu nama ke satu nama.

“Ada saja tidak kena, sampai penat membaca kenyataan demi kenyataan dari kumpulan PH mengenai bakal calon Perdana Menteri. Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini nama Datuk Seri Shafie Apdal pula, mana tahu selepas ini nama Mohamad Sabu diumumkan,” katanya sinis.

Nampaknya, kata beliau, semua parti mendakwa hebat tidak ada calon layak, melainkan yang retorik sahaja.
Menurut Dr. Ibrahim, rakyat semakin hari mengeluh dengan drama politik dari PH dan MN yang membosankan.
“Setelah hilang nak ketawa, rasa sedih dan perut kembali normal, maka saya merayu kepada rakyat mendoakan semoga Parti Putra yang lahir suci dari debu politik mutakhir ini mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah.
“Putra juga akan menamakan calon Perdana Menteri apabila Parlimen dibubarkan menjelang PRU 15 nanti. Setakat ini siapa bakal calonnya, biarlah rahsia dulu. Beberapa nama sudah disenarai pendek.

“Kita akan pastikan calon Perdana Menteri Putra akan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara kerana calonnya berintegriti, berwibawa, berilmu, berpengalaman, berinovasi dan tidak hipokrit atau munafik,” katanya. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

sir_hepi

Fun Poster
Joined
Nov 30, 2018
Messages
668
Reaction score
185
Points
23
Bukan tak ada rasanya, tapi bila tengok keadaan sekarang, baik diberi ruang kepada TSMY kerana beliau berjaya menyatukan kedua-dua parti ini untuk duduk semeja serta di terima rakyat.
Ahli UMNO & PAS sedia maklum siapa layak..Kedengaran dulu daripada UMNO, Dato Seri Hassan mantan MB negeri sembilan, manakala daripada PAS pula tiada kerana President PAS menolak.
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,745
Reaction score
412
Points
91
Ibrahim Katak ni ada yg mengikut dia lg ke? Hahaha...
 

pemain

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,544
Reaction score
372
Points
51
dasat siko org pasir mas ni
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,488
Reaction score
651
Points
121
Bukan tak ada rasanya, tapi bila tengok keadaan sekarang, baik diberi ruang kepada TSMY kerana beliau berjaya menyatukan kedua-dua parti ini untuk duduk semeja serta di terima rakyat.
Ahli UMNO & PAS sedia maklum siapa layak..Kedengaran dulu daripada UMNO, Dato Seri Hassan mantan MB negeri sembilan, manakala daripada PAS pula tiada kerana President PAS menolak.
Napa la dia xberpandangan pas dn umno xgila nak jadi pm.....walaupun boleh ja letak dr depa sebab depa mojoriti dlm MN, keutamaan skg nie penyatuan dl....dn tsmy dh buktikan dia boleh buat kerja masa convid hr tu....tu umno pas setuju angkat dia jadi calon pm lg
 

lelew

Fun Poster
Joined
Jun 12, 2020
Messages
140
Reaction score
12
Points
15
Nak jadi timbalan menteri pun PAS tak layak
PAS boleh jadi kerani sahaja ok
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,004
Reaction score
503
Points
81
Nak jadi timbalan menteri pun PAS tak layak
PAS boleh jadi kerani sahaja ok
Pemimpin pas semua tak layak, bagi mat sabu je layak jadi pm ......... Pemimpin pakai sijil palsu je layak
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,004
Reaction score
503
Points
81
Ibrahim ali ni nak cakap pasal kerajaan pun dia tak layak inikan pula nak jadi pm ......... Berapa ahli parti putra ada sekarang ni, aku rasa bnyak lagi ahli parti psm
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
5,612
Reaction score
1,102
Points
151
Dunia politik sering berubah

mia khalifa pun bole bertaubat

inikan pula LGE, kalau LGE masuk PN
Hj Hadi masuk DAP

Kita sokong Hadi jd PM
Parti komunis pun komunis lah hehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register