BTC USD 65,297.8 Gold USD 1,782.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baru lepas kematian belum cukup 4 bulan 10 hari dah nak ke convocation elok ke?

Elok ke?


  • Total voters
    0

Kiasu

Fun Poster
Joined
Aug 26, 2012
Messages
110
Reaction score
12
Points
15
Salam bulan lepas ada suami si polan ini meninggal, bulan depan anak dia graduate elok ke dia ke convocation tu? Perjalanan lebih dari 500km

Hmm...
 
Sponsored Post

Kiasu

Fun Poster
Joined
Aug 26, 2012
Messages
110
Reaction score
12
Points
15
hukumnya tak boleh kuar rumah selama 4 bulan 10 hari kerana tempoh iddah.

kecuali kalau terlalu kritikal; contoh kalau tak pegi keje takde duit nak makan ke apa, tu dibolehkan la. tapi utk majlis konvo ni tak kritikal. tak pegi pun takpe. lagipun konvo ni majlis keraian... tak sesuai utk org berkabung.

"Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (Surah al-Baqarah: 234)

Ni cuma secebis drp apa yg saya belajar. TT boleh tanya pendapat yg lain yg lebih arif
 
Last edited:

Kiasu

Fun Poster
Joined
Aug 26, 2012
Messages
110
Reaction score
12
Points
15
Setelah kematian suami nya dia "helpless" selain makan benda lain semua tak tahu

Minda dia lebih baik bela ayam sendiri sembelih dari makan KFC kerana ia suatu pembaziran
 

ipsian

Active+ Member
Joined
Apr 13, 2006
Messages
3,752
Reaction score
192
Points
33
Kita yang hidup ni. kena teruskanlah urusan kehidupan ni...

Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.

Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu

KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)

Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].

Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”

Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.

Untuk pencerahan lanjut, lihat Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina’.
 
Last edited:

Kiasu

Fun Poster
Joined
Aug 26, 2012
Messages
110
Reaction score
12
Points
15
Bukan tak boleh ke majlis perkahwinan sebab pantang?

Ayam tu kira profile si polan lah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register