BTC USD 34,614.1 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baru kahwin, 3 jari kaki suami Ashira sudah kena potong

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201
page-26.jpg
ASHIRA diduga dengan masalah kesihatan suaminya, Bad yang menghidap diabetes tahap kronik.

Baru kahwin, 3 jari kaki suami Ashira sudah kena potong​

  • Oleh HANISAH SELAMAT
  • 9 Jun 2021, 2:54 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
PETALING JAYA – Diduga dengan masalah kesihatan suami, Ashira Aziz, mengakui perlu kuat demi menyuntik semangat kepada Bad Indigo, lelaki yang baharu dikahwini Mac lalu.
Katanya, penyakit diabetes Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah kini semakin kronik dan kerap keluar masuk hospital akibat serangan gangren pada bahagian kaki.
“Berat ujian yang terpaksa dilalui suami. Dia terpaksa menanggung kesakitan selepas beberapa jari kaki dipotong, tetapi dia tidak pernah menunjukkan rasa sedih di hadapan saya.
“Saya tahu jauh di sudut hati, dia memendam perasaan kecewa apabila kerap meminta maaf kerana meletakkan saya dalam situasi ini.
“Sebagai isteri, saya hanya mampu menenangkan, menyabarkan dan sentiasa memberi kata-kata positif supaya dia terus tabah dan reda berdepan dugaan.
“Cuma sebagai manusia, kadangkala saya juga hampir tewas dibuai emosi tambahan pula kami baharu bergelar suami isteri.
“Kalau perasaan begitu datang, saya cepat-cepat istighfar selain percaya Allah tak uji kita kalau kita tak kuat. Paling penting usaha, doa dan tawakal moga suami cepat sembuh,” katanya kepada Kosmo! Online.
159634978_847413769175087_1974026992025240938_n-819x1024.jpg
HASIL perkenalan menerusi program Gegar Vaganza, Ashira dan Bad berkahwin pada Mac lalu.
Terdahulu, dua minggu selepas diijabkabulkan pada 11 Mac lalu, Bad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani pembedahan memotong satu jari kaki kirinya.
Bad kemudian dimasukkan sekali lagi ke hospital pada 9 Mei bagi menjalani pembedahan memotong tiga lagi jari kaki bagi mengelakkan bakteria daripada merebak.
Dua minggu menjalani rawatan di PPUM, Bad yang juga anggota kumpulan Indigo itu dibenarkan keluar selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Akui Ashira lagi, suaminya kini perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan manakala tubuhnya pula semakin susut disebabkan tiada selera makan.
“Buat sama ini dia mengambil ubat sementara menunggu sesi janji temu untuk rawatan susulan. Cuma tidak tahu bila kerana situasi pandemik.
“Mudah-mudahan dipercepatkan memandangkan ibu jari kakinya pula sudah nampak kehitam-hitaman. Saya tahu dia menanggung sakit,” tambah penyanyi itu.
Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, melangsungkan pernikahan dengan Bad, 46, pada 11 Mac lalu.
Pasangan yang sebelum ini pernah terkandas dalam perkahwinan terdahulu mula akrab selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), tahun lalu.
Sementara itu, Ashira turut membuat luahan terhadap kelompok yang mempertikaikan pemberian Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik bernilai RM6 juta kepada 960 penggiat muzik tanah air bagi menghasilkan Program Hiburan Dari Rumah (HDR) 2021.
Biarpun tidak pernah memohon dana terbabit, penyanyi Ombak Resah itu terkilan apabila ada pihak tidak berpuas hati berhubung pengagihan dana yang diperuntukkan untuk anak seni tersebut.
“Saya bersimpati terhadap rakan seperjuangan sanggup melakukan pelbagai kerja untuk meneruskan hidup, sekali gus berasa sedih apabila ada yang mempersoalkan pemberian dana tanpa mengetahui kesusahan kami.
“Saya tak memohon dana itu kerana tahu lebih ramai lagi yang memerlukan. Buat masa ini memang tiada tawaran menyanyi tetapi saya tetap bersyukur masih ada tempat tinggal dan makan.
“Ramai lagi kawan sealiran yang dalam kesusahan…mereka lebih memerlukan,” luah ibu kepada seorang cahaya mata itu. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,229
Reaction score
840
Points
121
kena kuatkan semangat je la once dah start potong2 ni akibat diabetes.

kalau semangat tak kuat, ubat pun x makan da. lifestyle pun tak jaga.

tak boleh luka sikit, memang lambat nak sembuh.

impotence pun risiko dapat.

ubat2 diabetes ni buat napsu s3ks turun / libido turun.


masa ni la isteri diuji.

dah la nak kena jaga kesihatan suami, libido suami pun dah takde.

lebih2 lg golongan artis ni..

kena hati2 je la.. takut ada yg ambik kesempatan.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,917
Reaction score
1,898
Points
201
Napa xcuba cr tradisional ada yg mujarat jgk pakcik aku ada buat yg nk kena potong xjd potong
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register