akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,439
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,439
- Reaction score
- 6,634
- Points
- 881
- Awards
- 1
Baru 3 hari sudah 57,003 rakyat Malaysia masuk Thailand
Gambar hiasan.
ALOR SETAR – Seramai 57,003 orang telah melalui dua pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kedah untuk ke negara jiran sejak Khamis lalu sehingga pukul 12 tengah malam tadi dan jumlah itu dijangka terus meningkat susulan cuti sekolah serta cuti Hari Malaysia.
Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, seramai 51,000 pelawat melalui pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sejak Khamis lalu, manakala seramai 6,003 orang menerusi ICQS Kota Putra sejak kelmarin.
Katanya, jumlah itu dijangka meningkat apabila lebih ramai keluarga mengambil peluang untuk bercuti ke destinasi popular seperti Hatyai.
“Dalam usaha menghadapi peningkatan bilangan pelawat, JIM Kedah mengambil langkah proaktif dengan membuka enam kaunter tambahan di pintu sempadan bagi menampung keperluan yang semakin mendesak,” katanya di sini, hari ini.
Beliau mengingatkan orang ramai agar merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi peraturan imigresen, terutama di pintu masuk popular seperti ICQS Bukit Kayu Hitam dan ICQS Kota Putra.
“Perancangan yang rapi bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan, malah menjamin kelancaran perjalanan. Pastikan pasport anda sah dan lengkap sebelum ke sempadan.
“Selain itu, periksa juga status perjalanan imigresen terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah pada saat akhir seperti isu cukai pendapatan atau rekod kesalahan yang boleh menghalang perjalanan ke luar negara,” ujarnya.
Katanya, pihaknya juga menyarankan insurans perjalanan yang lengkap berikutan kejadian pelancong Malaysia mengalami kerugian hampir RM30,000 selepas terlibat kemalangan di Thailand gara-gara tidak mengambil insurans lengkap.
“Pastikan semua persediaan dibuat dengan teliti termasuk insurans perjalanan bagi mengelakkan percutian bertukar menjadi mimpi ngeri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Log masuk ke Facebook
Log masuk ke Facebook untuk mula berkongsi dan berhubung dengan rakan anda, keluarga dan orang yang anda kenali.
www.facebook.com