Baru 10 tahun dah tayang tubuh

Recommended Brokers


Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
590
Reaction score
93
Points
20

MOHD Fadhil menyampaikan ceramah kepada peserta program Kesan Pendedahan Pornografi Terhadap Kanak- Kanak Dan Kaedah Menangani Serta Pemulihan Minda Kanak- Kanak Yang Terdedah Pada Pornografi. FOTO RASUL AZLI SAMAD


Rizanizam Abdul Hamid
[email protected]

USIANYA baru 10 tahun, namun kanak-kanak perempuan ini sanggup mendedahkan bahagian sulit tubuhnya di media sosial untuk tatapan ‘kaki lucah’.

Bagi ibu bapa pula, istilah ‘sawer’ dan ‘payung’ mungkin tidak difahami, namun bagi kanak-kanak ini, ia bermaksud peluang meraih pendapatan daripada penonton yang mahu menyaksikan perbuatan ala pornografi itu.

Pengerusi IKRAMTeens Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Mohd Fadhil Othman, berkata, tindakan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 14 tahun ‘menjual’ diri dikesan pihaknya sendiri dan beberapa rakan yang melakukan pemantauan di beberapa aplikasi media sosial seperti Bigo Live, Instagram dan WeChat.

“Hasilnya kami menemui kumpulan kanak-kanak yang ada antaranya semuda 10 tahun aktif bersiaran langsung di Bigo Live selama hampir lapan jam sehari pada hujung minggu.

“Amat menyedihkan apabila penampilan kanak-kanak ini berubah daripada berpakaian lengkap ketika mula bersiaran jam 8 malam menjadi pakaian ‘cukup syarat’ sekitar jam 2 hingga 4 pagi.

“Istilah seperti ‘sawer’ dan ‘payung’ bermaksud mereka diminta penonton untuk mendedahkan bahagian tubuh tertentu asalkan tidak berbogel demi meraih mata yang memberi mereka pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah bertajuk Kesan Pendedahan Pornografi Terhadap Kanak-kanak pada Program Parenting Talk anjuran Kelab Ibu Bapa dan Guru (KIBG) Sekolah Rendah Islam (SRI) Kiblah Melaka di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), semalam.

Menurut Mohd Fadhil, tindakan kanak-kanak ini membimbangkan kerana mereka turut dikesan menggunakan aplikasi lain seperti WeChat dan Instagram untuk mengiklankan diri.

“Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan ibu bapa tidak memeriksa telefon anak mereka kerana beranggapan masih kecil atau sudah selamat apabila hanya berkurung di dalam bilik.

“Tindakan kanak-kanak ini jika tidak dibendung dibimbangi akan menjadi lebih serius yang menjadi penyumbang kepada masalah gejala sosial lain yang mampu merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau meminta ibu bapa lebih prihatin dan mengenepikan perasaan malu untuk berkongsi cerita berkaitan pendidikan seks dengan anak di peringkat sekolah rendah.

“Keakraban institusi keluarga sangat penting yang mana ibu bapa sepatutnya tidak malu untuk menjelaskan kepada kanak-kanak apakah perubahan dan batas pergaulan dalam hidup mereka.

“Ibu bapa perlu tahu apakah kaedah menangani serta pemulihan minda kanak-kanak yang terdedah kepada pornografi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 2:02 PM

 
Sponsored Post

thetu5

Active Member
Joined
Nov 25, 2007
Messages
1,660
Reaction score
31
Points
30
dunia makin pntas
knak2 skrg cpt bljar

so mak bapak kne pntau
klu sibuk urusan kerja je mmg ade bhgian telrpas
 

rsat

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
765
Reaction score
46
Points
30
Macam macam sekarang ni. Duk tayang aset sendiri depan hanset..inilah bila teknologi di salah guna...
 

HakuLar

Active Member
Joined
Feb 5, 2011
Messages
1,106
Reaction score
24
Points
25
apps merepek2 ni byk merosakkan budak2 remaja.. harap boleh block..
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,156
Reaction score
86
Points
30
buat apa kita nak kalut mak pak depa yang kasi line.. dah boyot pandai buat muka kesian kat baitus solehah.. khinzir tul..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
26,933
Reaction score
570
Points
171
kanak2 x phm salah betul. dewasa tahu salah.. kene buat mcm kt oversea. trap kaki pedo ni
 

fadl

Fun Poster
Joined
Feb 3, 2013
Messages
563
Reaction score
56
Points
20
10 tahun tu ikutkan dah baligh dah. Dah boleh membezakan betul dan salah.
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,605
Reaction score
59
Points
40
Kaki pedo harus dihukum penjara seumur hidup
 
Sponsored Post
Top
Log in Register