BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Barat menuju ke arah muflis

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan negara Islam yang lain seharusnya memandang ke arah negara timur dan bukannya barat sebagai model pembangunan negara.

Beliau percaya sudah membuat keputusan yang betul dalam memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur iaitu mencontohi etika kerja dan teknik perniagaan daripada Jepun dan Korea Selatan dalam tempoh beliau sebagai perdana menteri.

“Pada masa ini, terdapat banyak sangat masalah dengan negara Barat. Masalah di Barat ialah mereka meminjam terlalu banyak dan tidak boleh membayar semula. Kita tidak boleh ada negara macam itu untuk dijadikan model.

“Jika kita negara seperti China, mereka mempunyai rizab bernilai US$3.2 trilion. Korea boleh hasilkan produk utama lebih baik daripada yang dihasilkan negara di Barat.

“Jepun, yang kita tahu, ialah negara yang kalah dalam peperangan, musnah sepenuhnya, tetapi kembali membangun dan menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia. Jika kita mahu tiru atau belajar sesuatu, belajar daripada kejayaan orang lain, bukan daripada kegagalan,” katanya ketika sesi soal jawab di Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi yang ketiga (LIFE 3) di Pulau Langkawi, Kedah semalam.

Persidangan tiga hari itu, bermula kelmarin.

Dr Mahathir berkata seseorang itu tidak boleh banyak belajar dari Barat kerana ia satu kegagalan yang total.

“Jadi, kita perlu terus memandang ke Timur dan bukan ke Barat. Barat kini menuju ke arah muflis,” kata beliau.
 
buat apa nk pandg ke timur,pandang ajelah ke arah islam
 
barat menuju ke arah muflis sebab sistem kewangan konvesional tu.. guna sistem kewangan Islam.. tak laa muflis..^_^
 
buat apa nk pandg ke timur,pandang ajelah ke arah islam


Agaknya negara Islam mana tu? Setahu aku, negara Malaysia yang rakyat negara Islam lain tengok.



Sedarlah, seburuk buruk keadaan negara kita, jauh lebih baik dari negara lain, Islam ataupun yang bukan Islam


Dari aku yang banyak berjalan ke serata negara
 
Agaknya negara Islam mana tu? Setahu aku, negara Malaysia yang rakyat negara Islam lain tengok.



Sedarlah, seburuk buruk keadaan negara kita, jauh lebih baik dari negara lain, Islam ataupun yang bukan Islam


Dari aku yang banyak berjalan ke serata negara

Kena sebiji:)cgrock
 
semua negara yg base on kapitalisme sdg menuju kearah bankrupsi... hutang maaysia berapa bilion skrg?
 
bila sistem ekonomi dunia dah hancur
maka sistem keewangan akan diganti dengan
sistem national currencies..1 matawang jer
untuk 1 dunia gunakan sesuai dengan arahan dajal yg
mahukan islam & kafir bersatu..meniaga forex pun dah x wujud
paz ni:((:((
 
bunga hutang US msti banyak dengan china
 
Back
Top
Log in Register