BTC USD 61,222.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Barang Kemas RM20,000 Ditemui Dalam Sisa Kebakaran Rumah

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Barang kemas RM20,000 ditemui dalam sisa kebakaran rumah

Oleh Hazira Ahmad Zaidi- September 19, 2021 @ 9:39pm
[email protected]

WhatsApp_Image_2021-09-19_at_21.34.40_1632058706.jpg


Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan 85 peratus bahagian rumah mangsa di Kampung Tembesu, petang tadi. - Foto ihsan JBPM


KOTA BHARU: Anggota bomba menemui barang kemas dianggarkan bernilai RM20,000 dalam timbunan sisa kebakaran selepas selesai memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tembesu, Limbat, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, El Taraff Mohd Zachariah, berkata, selepas operasi pemadaman selesai dilakukan, pihaknya yang menemui barangan kemas ketika operasi itu, menyerahkannya kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, antara yang ditemui anggota bomba termasuk gelang, rantai dan cincin di dalam timbunan sisa kebakaran.

"Kami menyerahkan barang kemas yang ditemui kepada keluarga mangsa sambil disaksikan pihak polis," katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Mengulas kes kebakaran itu, El Taraff berkata, seramai 11 anggota dari BBP Pasir Tumboh dan Tunjong bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kebakaran pada jam 5.21 petang.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang rumah dan empat penghuni yang ada dalam rumah itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Akibat kebakaran itu, 85 peratus bahagian rumah separa kekal itu terbakar dan tindakan pantas anggota berjaya memadam api daripada terus merebak ke bahagian lain.

"Api dapat dikawal pada jam 5.41 petang dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.23 petang. Punca kebakaran dan taksiran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

WhatsApp_Image_2021-09-19_at_21.35.56_1632058718.jpg


Barangan kemas bernilai RM20,000 yang ditemui anggota bomba dalam sisa kebakaran rumah, petang tadi. - Foto ihsan JBPM


 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,835
Reaction score
21,822
Points
1,671
Dulu2 org kg ak umah tbakar kais2 jumpa barang kemas tu dh lebur hitam2. Pg kedai emas tauke ckp emas tu dh rosak xbole buat apa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register