Barang kemas, duit lesap ditipu bomoh

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA TERENGGANU 31 Jan. - Gara-gara ingin menambah seri wajah dan berubat secara tradisional, seorang wanita kerugian kira-kira RM2,250 akibat ditipu oleh seorang bomoh palsu di Kampung Seberang Takir dekat sini sebulan lalu.

Dalam kejadian tersebut, bomoh itu meminta supaya mangsa menyerahkan wang pendinding sebanyak RM250 untuk mengubati penyakitnya.

Mangsa yang berusia 30 tahun itu turut menyerahkan seutas rantai, gelang dan cincin sebagai bayaran untuk menambah seri muka kakaknya.

Namun, janji bomoh tersebut agar mangsa menunggu selama sebulan untuk melihat hasilnya sia-sia apabila penyakit mangsa tidak sembuh selain wajah kakaknya masih tidak menampakkan sebarang perubahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam berkata, lelaki tersebut memberi jaminan bahawa sekiranya pengubatan yang dilakukan tidak menjadi, dia akan memulangkan duit dan barang kemas mangsa semula.

Bagaimanapun, katanya, pada Jumaat lalu mangsa bersama ahli keluarga ke rumah bomoh terbabit untuk meminta wang berkenaan namun suspek enggan menyerahkannya.

"Oleh kerana suspek enggan menyerahkan wang dan barangan kemas tersebut, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Seberang Takir pada hari yang sama," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, hasil laporan itu, polis menahan bomoh tersebut yang berusia 34 tahun di Seberang Takir.

Ujarnya, lelaki tersebut pernah ditahan kerana terlibat dalam kes penipuan yang sama.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelasnya.
 
Top
Log in Register