akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,556
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,556
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Bapa tiri tak mengaku salah paksa anak pegang kemaluan
Zazrina Zainuddin29 July 2024
I
Bapa tiri tak mengaku salah amang seksual kanak-kanak perempuan 11 tahun
KUANTAN – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya yang berusia 11 tahun.
Tertuduh yang berusia 48 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya dihadapan Hakim, Azman Mustapha.
Mengikut fakta kes, dia didakwa memaksa anak tirinya itu memegang kemaluannya ketika berada di kediaman mereka yang terletak di Kampung Chengal Lempung, Sungai Karang di sini pada pukul 7 petang 1 Julai lalu.
Bagi kesalahan tersebut dia boleh didakwa di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu iaitu boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum sebatan tidak kurang dua sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim membantah sebarang tawaran jaminan ke atas tertuduh atas alasan hubungan antara tertuduh dengan mangsa yang juga tinggal serumah.
Hakim kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 22 Ogos depan bagi serahan dokumen serta lantikan peguam. – MalaysiaGazette