BTC USD 51,636.8 Gold USD 1,681.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa tiri durjana dipenjara 1,050 tahun rogol anak

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,281
Reaction score
2,630
Points
206
rsz_whatsapp-image-2021-01-27-at-202423.jpg


KLANG – Perbuatan keji seorang penganggur merogol anak tirinya sebanyak 105 kali selama dua tahun sejak 2018 mendapat balasan setimpal apabila dijatuhi penjara 1,050 tahun dan 24 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh berusia 33 tahun selepas mengaku bersalah terhadap 105 pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan hukuman ditetapkan, lelaki itu dipenjara 10 tahun dari tarikh ditangkap 20 Januari lalu yang berjalan secara berasingan dan membawa penjara keseluruhan 1,050 tahun.

Selain itu, turut dikenakan dua sebatan bagi 105 pertuduhan dengan jumlah keseluruhan 210 sebatan. Bagaimanapun, hanya 24 hukuman sebatan sahaja dikenakan merujuk kepada Seksyen 288 (5) Kanun Acara Jenayah.

Kundusary dalam penghakiman menegaskan kesalahan dilakukan adalah keji dan amat berat.

“Malah telah memalapkan hidup seorang kanak-kanak. Saya harap kamu insaf dalam penjara.

“Kamu tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minima namun mahkamah merasakan memadai mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu,” jelasnya.

Dalam prosiding lebih empat jam bermula pukul 3 petang, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 14 tahun sebanyak 105 kali di sebuah flat di Sungai Way, Petaling Jaya bermula 2018 hingga tahun lalu.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Mohamad Afiq Zuber. -K!ONLINE

 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,714
Reaction score
2,041
Points
201
Takde plak sebut nama
Incest tahap gaban ni
Kalau non bumi, di rahsiakan drp umum :D
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,018
Reaction score
747
Points
121
pengaruh porno ni la jadinya.
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,905
Reaction score
266
Points
41
Berdasarkan hukuman ditetapkan, lelaki itu dipenjara 10 tahun dari tarikh ditangkap 20 Januari lalu yang berjalan secara berasingan dan membawa penjara keseluruhan 1,050 tahun.
Sorry... tak berapa faham. Dajal (Kedah: dajei) ni kena penjara 10 tahun atau 1050 tahun ni?
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,508
Reaction score
393
Points
46
perkhhh ..mmg paras kena hukuman..10 kali mati pun belum bebas ..
aku rasa, diorg buat pengiraan rogol tu, 1 kali seminggu ( maybe setiap sabtu atau ahad ) , so roughly 105 kali selama 2 tahun tu..
btw, lau sebatan kena 210 kali, mau hancur punggung tu
 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,325
Reaction score
21,166
Points
1,671
Kira purata 3kali sebulan tu

24sebat max. Lunyai lunyai

Org tempat ak bekas banduan ada cite die kena 2kali pun terus tote xbole naik
 
Sponsored Post
Top
Log in Register