Bapa tak sanggup lihat mayat anak

CG Sponsors




eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
RANTAU PANJANG - "Saya tidak sampai hati nak tengok mayat anak saya dengan bahagian kiri kepalanya hancur, manakala wajahnya sukar dikenali."

Demikian luah Suhairi Yusof, 35, bapa kepada Mohd. Hanafiz Suhairi, 10, yang mati selepas dilanggar sebuah kereta dan diseret sejauh lima kilometer selepas pulang dari sebuah kedai runcit.

Malah, kemalangan ngeri pukul 8.15 malam di Kilometer 17, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang kelmarin itu pula berlaku di hadapan bengkel Suhairi.

Suhairi semasa itu sedang membaiki sebuah kereta pelanggan apabila dia terdengar bunyi dentuman kuat.

Cerita Suhairi, semasa kejadian, mangsa yang merupakan anak sulungnya bersama adiknya, Mohd. Hafizi, 7, membonceng motosikal yang ditunggang oleh sepupu mereka, Ridzuan Razali, 19.

"Sampai di tempat kejadian, sebuah kereta dari laluan sama yang dipandu laju ke arah Rantau Panjang merempuh motosikal dinaiki anak-anak saya dan Ridzuan," katanya.

Menurutnya, dia yang menoleh ke arah bunyi dentuman itu mendapati Mohd. Hafizi sudah terpelanting dan menangis meminta tolong, manakala Ridzuan mengerang kesakitan.

"Bila saya tengok Mohd. Hafizi dan Ridzuan, tiba-tiba Mohd. Hafizi bertanyakan di mana abangnya (Mohd. Hanafiz).

"Sejurus selepas saya mencari Mohd. Hanafiz, ada orang maklumkan yang anak sulung saya itu diseret oleh kereta terbabit sehingga sampai ke pekan Rantau Panjang," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di sini semalam.

Suhairi memberitahu, dia terus ke tempat kejadian dan mendapati anaknya berlumuran darah dan sudah meninggal dunia dengan hampir sebahagian badannya hancur.

"Saya tidak sampai hati nak tengok mayat anak saya yang begitu ngeri dan meminta beberapa saudara supaya menguruskan mayatnya," tambahnya.

Ridzuan yang cedera parah dan masih koma dirawat Hospital Pasir Mas (HPM), manakala Mohd. Hafizi pula hanya cedera ringan.
 
Sponsored Post

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
takziah tuk keluarga tersebut...
 

dek_ang

Active+ Member
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,723
Reaction score
1
Points
25
adus..sadis cite nih..huhu...
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Duhh.. Lima kilometer..:eek:
Gilo apo..:-?
 

sandaldm

Active Member
Joined
Sep 21, 2008
Messages
1,762
Reaction score
12
Points
35
tragisnya..tmpat biasa hamba duk lepak tu..
 

Jijan

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2005
Messages
2,885
Reaction score
1
Points
30
tragisnya... Alfatihah buat arwah... semoga keluarganya tabah..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register