BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa saudara durjana dipenjara enam tahun

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,878
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,878
Reaction score
1,396
Points
201
6158866047881561044_121.jpg


Bapa saudara durjana dipenjara enam tahun


Hukuman itu termasuk satu pertuduhan mengugut mangsa yang sama untuk melakukan aktiviti bersifat seksual selepas tertuduh berusia 63 tahun membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga pertuduhan kelima, tertuduh melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Bagi pertuduhan keenam, tertuduh mengugut mangsa sama untuk melakukan aktiviti bersifat seksual.

Semua kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Seremban 2 pada jam 8.30 pagi 3 Februari dan jam 6.30 pagi 4 Februari lalu.

Justeru, tertuduh melakukan dua kesalahan yang boleh dituduh dan dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), dua pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) dan satu di bawah Seksyen 14(d) akta sama.

Bagi pertuduhan keenam, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15B(a) akta sama.

Sabit kesalahan bagi semua pertuduhan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Tertuduh yang beristeri dua memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara yang singkat kerana mengalami lumpuh pada kaki dan tangan kanan selain masih menanggung dua anak.


"Juga mengambil kira usia mangsa yang baru berusia 12 tahun ketika kejadian. Tertuduh sebagai bapa saudara tak sepatutnya mencari peluang buat jenayah seksual kepada mangsa," katanya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa tinggal berdua dengan suspek kerana ibu mangsa menemani suaminya yang menghidap masalah jantung dan dirawat di Hospital Serdang, Selangor.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkapan pada 9 Februari.

Hasbi Sidek

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register