akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 55,691
Top Poster #1
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 55,691
- Reaction score
- 6,554
- Points
- 881
- Awards
- 1
Bapa rogol anak OKU dipenjara 30 tahun, sebat 30 kali
Seorang lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga orang kurang upaya (OKU).
Buruh berumur 45 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli.
Dia didakwa merogol anak perempuannya - ketika itu berusia 12 tahun - di sebuah rumah di Dungun pada jam 12 tengah malam, pada 2022.
Lelaki terbabit kemudian mengulangi kesalahan sama pada Okt 2023 dan sekali lagi pada Jan tahun ini, masing-masing pada jam 6 petang dan 12.30 tengah malam, di lokasi sama.
Bagi setiap kesalahan, buruh terbabit dituduh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Intan Nor Hilwani Mat Riffin manakala lelaki berkenaan tidak diwakili peguam.
Zul Zaqikudin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun penjara dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap lelaki itu dengan kesemuanya berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap 21 Julai lepas.
Bagaimanapun lelaki terbabit dia hanya dikenakan 24 sebatan memandangkan Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan pesalah dikenakan sebatan maksimum 24 kali sahaja.
- Bernama