akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,931
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,931
- Reaction score
- 6,490
- Points
- 881
- Awards
- 1
Bapa rogol anak hingga bersalin gagal rayu hukuman ringan
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
A view of the sea
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan 60 di Mahkamah Sesyen, di sini, atas enam pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun sehingga bersalin di Manek Urai, tahun lalu.Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: "Tolong ringankan hukuman, saya sudah taubat dan mahu kembali kepada anak-anak kerana mahu membimbing mereka."
Begitu rayuan seorang buruh sebelum Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan 60 sebatan atas enam pertuduhan merogol anak kandungnya sehingga bersalin, tahun lalu.
Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan terbabit.
Mengikut kesemua pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak kandungnya berusia 15 tahun (ketika kejadian) tanpa kerelaan yang mana perhubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama dan adat.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi sama iaitu sebuah rumah di Kuala Krai, di sini, kira-kira 1 pagi sehingga 10 pagi antara Januari hingga Oktober 2023
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Kamarul Hasyime memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan mangsa adalah anak kandungnya dan perbuatan terkutuk itu menyebabkan mangsa hamil dan melahirkan anak lelaki.
Tertuduh pula menerusi rayuannya memohon hukuman ringan kerana anak-anaknya masih kecil selain masih memerlukannya sebagai bapa.
"Saya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu," katanya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berkenaan berjalan secara berasingan.
Tertuduh juga diperintahkan menjalani rehabilitasi dan kaunseling ketika berada di penjara selain pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.
Disiarkan pada: September 12, 2024 @ 2:46pm