BTC USD 67,159.8 Gold USD 2,340.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,482
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,482
Reaction score
2,593
Points
261
Awards
1
FB_IMG_1665162685670.jpg


PETALING JAYA – Bapa kepada pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail, 71, meninggal dunia hari ini di Hospital Serdang, Selangor sekitar pukul 2.30 petang tadi.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh pengurus Nabil, Latif kepada Kosmo! Online.

Latif ketika dihubungi memberitahu, bapa kepada pengacara program Gegar Vaganza itu meninggal dunia akibat mengalami komplikasi jantung.

Difahamkan arwah telah dimasukkan ke Hospital Serdang sejak seminggu lalu untuk rawatan.

“Jenazah masih di hospital untuk diuruskan. Selepas urusan selesai, jenazah akan dibawa ke Masjid Kariah Mambau, Negeri Sembilan untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam, Mambau selepas waktu Isyak,” katanya.

Menjengah dalam Instagram Nabil, satu majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempat diadakan malam tadi di Masjid Kariah Mambau bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan bapanya. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Nabil ketika menguruskan jenazah arwah bapanya, Ahmad Ismail di Hospital Serdang, petang tadi.
Nabil ketika menguruskan jenazah arwah bapanya, Ahmad Ismail di Hospital Serdang, petang tadi.



KUALA LUMPUR: Bapa pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail, 71, meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor, jam 2.30 petang tadi.

Berita pemergian Allahyarham Ahmad dimaklumkan oleh pengurus Nabil, Latip Ahmad.

Latip berkata, bapa kepada pengacara program Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan itu meninggal dunia komplikasi jantung.

Difahamkan, arwah dimasukkan ke Hospital Serdang sejak seminggu lalu untuk rawatan.

"Insya-Allah, jenazah dibawa ke Masjid Kariah Mambau, Negeri Sembilan untuk disolatkan, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam, Mambau selepas Isyak," katanya.




Stesen radio Era FM turut mengucapkan takziah atas pemergian bapa penyampai radio, Nabil Ahmad.
Stesen radio Era FM turut mengucapkan takziah atas pemergian bapa penyampai radio, Nabil Ahmad.




Menjenguk ke Instagram (IG) Nabil, majlis bacaan Yassin dan doa selamat diadakan malam semalam di Pondok Pesantren Darul Tauhid dan Masjid Kariah Mambau bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan bapanya.

Sementara itu, pengacara dan pelakon, Elly Mazlein menzahirkan ucapan takziah kepada rakan hosnya GV9 itu.

Elly atau pemilik nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata dia juga ada mengirimkan ucapan takziah menerusi pesanan khidmat ringkas kepada Nabil.

"Al-Fatihah dan salam takziah buat Haji Nabil seisi keluarga. Saya dapat tahu apabila melihat hantaran daripada Sharifah Shahirah.

"Saya ada kirimkan ucapan menerusi WhatsApp dan dia ada membalasnya. Apapun, saya faham dengan situasi sukar yang dilalui Nabil ketika ini. Semoga semua urusan dipermudahkan.

"Tiada apa yang diharapkan melainkan doa yang baik-baik buat Nabil dan keluarga. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat yang sudah tiada," katanya.
 

'Tak tahu arwah ada masalah jantung' - Nabil Ahmad​

Sudirman Mohd Tahir
[email protected]
Nabil Ahmad
Nabil Ahmad



Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, Allah berikan peluang kepada abah untuk mengucap dua kalimah syahadah dengan sempurna sebelum ditidurkan. Itu adalah perbualan terakhir kami."

Demikian kata pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad yang kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Ahmad Ismail, 71, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Serdang, Selangor, semalam.

Nabil, 39, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, pemergian bapanya itu disifatkan tiba-tiba selain tidak pernah mengetahui arwah menghidap penyakit jantung.

"Pada Khamis minggu lalu ayah sakit dada. Betul-betul dua hari selepas dia membuat kejutan kepada saya di program MeleTop. Jadi, dia terus dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Kemudian, dia dipindahkan ke Hospital Serdang bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

"Selama ini kami sekeluarga tidak pernah tahu dia ada jantung tersumbat dan tak pernah buat rawatan jantung pun sebab dia memang sihat, cuma tahu dia ada diabetis.

"Pagi kelmarin, doktor menghubungi dan minta waris datang ke hospital. Saya orang pertama sampai dan tengok dia sangat 'struggle' nak bernafas. Perbualan akhir saya dengan ayah adalah ketika mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian adik saya sampai dan dapat duduk beberapa minit sebelum paras oksigen menurun hingga 25. Doktor terus tidurkan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabil, bapanya tidak sempat menjalani pembedahan pintasan jantung apabila dipindahkan ke Hospital Serdang.

"Ayah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menunggu giliran menjalani pintasan jantung. Ikut prosedur kena tunggu tiga minggu. Tapi itulah, Allah lebih sayangkan dia. Saya rasa kehilangan tiba-tiba dan tak percaya dia sudah tiada.

"Alhamdulillah, urusan pengebumian selesai semalam dan dipermudahkan. Saya sebenarnya bersyukur Allah permudahkan urusan. Sakitnya seminggu saja. Saya pun tak kongsi dia sakit. Ujian dia, dia tak susahkan sesiapa," katanya.

Bapa Nabil disahkan meninggal dunia jam 2.50 petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam, Mambau, Negeri Sembilan.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register