BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,297
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,297
Reaction score
1,016
Points
151

Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak​

OlehNORMAWATI ADNAN

15 Februari 2024 04:30pmMasa membaca: 4 minit

2539051.jpg

Yahaya


IPOH - Seorang bapa ditahan selepas disyaki melakukan peras ugut dengan meminta wang daripada guru sekolah anaknya di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan bertindak sedemikian bagi menyelesaikan kes cabul membabitkan guru itu dengan anak perempuannya berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal dijalankan mendapati, bapa mangsa mengesyaki guru berusia 59 tahun tersebut telah beberapa kali melakukan gangguan seksual ke atas anaknya.

"Bagi menyelesaikan kes itu, bapa mangsa meminta sejumlah wang daripada guru berkenaan.

"Perbuatan itu dilaporkan kepada polis dan tangkapan telah dibuat bagi siasatan kes mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, polis turut melakukan tangkapan ke atas guru berkenaan selepas menerima laporan daripada mangsa berhubung kes cabul itu, Isnin lalu.
Katanya, berdasarkan keterangan diberikan, guru terbabit mencabul mangsa sebanyak lima kali antara Disember 2023 hingga Januari lalu.

"Guru terbabit telah ditangkap di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Yahaya berkata, bapa mangsa dan guru tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.
"Kertas siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan," katanya.

 
Sponsored Post

Hhahahaa tak tahan kena ugut balik2 minta duit.

Sanggup serah diri je la masuk penjara dan sebatan.

Lagi setahun nak pencen tu.

Selamat duit gomen nak byr pencen.

Tapi habis duit nak sara makan dia kat penjara pula. Rawatan kesihatan pun free.

Adoiii pening.
tah² da pencen awai, jarang da guru pencen 60 skang ni 😅
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register