Bapa mentua penyanyi naik berang terhadap jurufoto

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM: Bapa mentua penyanyi dan pelakon Raisuddin Hamzah, Suberi Abdullah, tiba-tiba naik berang dan melepaskan kemarahan ke arah sekumpulan jurufoto selepas mendapati mereka cuba merakamkan gambarnya sebaik keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Berikutan itu, jurufoto The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Ahmad Irham Mohd Noor, cedera ringan di kanan kepalanya selepas dipercayai ditumbuk Suberi dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi.

Suberi, 50, juga dipercayai melontarkan kerusi ke arah jurufoto daripada akhbar The Star dan Malay Mail sebelum bergegas meninggalkan pekarangan mahkamah dan mengenai jurufoto The Star.

Terdahulu pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah, mahkamah menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh keputusan rayuan Suberi untuk membubarkan perkahwinan antara anaknya,

Siti Fatimah, 22, dengan Raisuddin, 55.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad menetapkan tarikh itu semalam apabila kes berkenaan disebut di hadapannya.

Suberi sebelum ini membuat rayuan untuk membubarkan perkahwinan antara Siti Fatimah dengan Raisuddin yang bernikah tanpa kebenarannya di Songkhla, Thailand, pada 2 Januari 2007.

Pada 21 Disember tahun lalu, Abu Zaky memerintahkan Raisuddin tinggal berasingan dengan isteri keduanya, Siti Fatimah sehingga perkahwinan mereka disah dan didaftarkan.
 
Sponsored Post

Nars

Active Member
Joined
Dec 28, 2005
Messages
1,827
Reaction score
5
Points
25
update with picture pls.. blur laa plak
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
kesian jurufoto....lainkali cari keje lain ajerlah....nie takpasal2 dpt penumbuk percuma naya...
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
apa lah dipandang dek pompuan tu heran betullah aku
 
Sponsored Post
Top
Log in Register