akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 57,148
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,148
- Reaction score
- 6,702
- Points
- 881
- Awards
- 1
Bapa, ibu tiri ditahan dera anak lelaki enam tahun
12 Oktober 2024, 3:16pm
Kesan luka pada kedua-dua tangan mangsa dipercayai didera. FOTO: Ihsan Pembaca
BAGAN SERAI: Pasangan suami isteri ditahan polis susulan kes penderaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Ladang Kalumpang, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, berkata sekitar jam 4.09 petang polis menerima laporan mengenai kes penderaan terbabit dan segera menjalankan siasatan.
Menurutnya pada hari yang sama sekitar jam 5.30 petang, polis bertindak menahan seorang lelak iaitu bapa kandung mangsa berusia 47 tahun bersama ibu tiri mangsa berusia 33 tahun di kediaman mereka di sini.
“Pihak polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan bagi mencederakan mangsa dan polis turut merampas tiga botol cecair dipercayai ketum.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan, perut, kedua-dua tangan, kaki dan paha akibat dipukul.
“Bagaimanapun mangsa dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi kedua-dua suspek kini ditahan reman bermula 10 hingga 14 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.